NLP atau neuro linguistic program adalah kajian tentang model kecemerlangan manusia. Bagaimana seseorang boleh merubah kelakuan lama kepada kelakuan baru yang diingininya.
Dalam NLP, setiap orang hanya menggunakan minda sedarnya sebanyak 10% sahaja. Dengan minda sedar ini, seseorang berfikir dengan logik dan membuat keputusan berdasarkan fikiran yang diyakininya.
90% minda manusia pula berada di minda bawah sedar. Minda bawah sedar mengawal perlakuan tanpa sedar manusia seperti kebiasaan yang sukar diubah dan tindakan yang berdasarkan perasaan.
Disebabkan minda bawah sedar bekerja sebanyak 90%, banyak perlakuan yang sukar dikawal dengan minda sedar.
Contoh perlakuan yang sukar dikawal ialah seperti fobia, trauma, kesedihan, patah hati kesukaran membuat pilihan dan pelbagai kebiasaan yang buruk.
Segala matlamat yang sudah diset oleh minda sedar selalunya dihalang oleh kebiasaan-kebiasaan yang sukar diubah ini, akhirnya seseorang itu sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam hidupnya.
Dengan terapi NLP, klien dibawa masuk ke minda bawah sedarnya dan bersama-sama membuat program minda yang sesuai dengan permintaan klien tersebut.
Program yang dimaksudkan adalah dengan membawa klien melihat permasalahannya dari sudut pandang yang berbeza (imajinasi) dengan menggunakan bahasa minda klien.
Setiap masalah yang sukar diselesaikan selalunya mempunyai makna yang penting dan positif kepada klien secara tidak sedar, kerana itulah dia masih mempertahankan masalah itu juga secara tidak sedar.
Dalam beberapa jenis terapi penyelesaian masalah, klien lah yang memilih sendiri jalan terbaik untuk permasalahannya dengan menyelami sendiri apakah maksud positif daripada masalah yang ia simpan secara tak sedar itu.
Klien juga akan memberikan makna baru pada minda bawah sedarnya tentang permasalahan yang terlibat menurut apa yang terbaik bagi dirinya sendiri.
Kerahsiaan klien sangat penting, detail masalah tidak perlu diketahui oleh penerapi dan klien boleh merahsiakannya.
Keputusan dan penyelesaian atau makna baru bagi sesuatu masalah yang diselesaikan juga adalah hak klien untuk tidak menyatakannya kepada penerapi.
Sudah banyak kes yang diterapi dengan kaedah NLP berjaya dengan sekali terapi sahaja, tetapi ada juga yang perlu diterapi beberapa kali.
Keberkesanan terapi adalah bergantung kepada keadaan klien sewaktu diterapi dan kemampuan minda bawah sedar klien sendiri. Selain itu, kecekapan penerapi dalam mengendalikan terapi juga memainkan peranan.
Akhirnya kekuatan minda lah yang menggerakkan anggota badan mengikut kepercayaan minda sedar dan bawah sedar seseorang.
Akhirnya kekuatan minda lah yang menggerakkan anggota badan mengikut kepercayaan minda sedar dan bawah sedar seseorang.
Antara terapi NLP adalah seperti berikut;
Apresiasi diri
Menguruskan badan
Menghilangkan kemarahan
Memulihkan hati yang luka
Model kecemerlangan diri
Trauma/fobia
Kepada yang berminat untuk menyelesaikan masalah tertentu boleh la mengalami sendiri terapi NLP ini dengan berjumpa saya atau saya akan syorkan rakan-rakan NLP saya yang berdekatan dengan tempat anda.
Sekian. Salam vibrasi cinta kasih dan sayang dari saya, semoga hidup anda tenang selalu.
Nooren Aman
C.NLP
Berikan komen anda untuk artikel "Terapi NLP untuk Kecemerlangan Diri"
Catat Ulasan