Positive Thinking dan Positive Feeling

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

Semakin hari semakin ramai yang mengaku mereka adalah orang-orang yang berfikiran positif. Ini sudah bagus.

Cuma... ada yang positive thinking hanya untuk dirinya sendiri. Untuk orang lain, kadang-kadang kita tidak aplikasikan positive thinking ini. Kita rasa orang lain tidak sepositif dan sebaik kita, selalu ada kata seperti ini di hati kita, 'kenapa dia tidak begini begitu, yang lebih baik baginya'. Kita fikir kita positif tapi sebenarnya buruk sangka terhadap orang lain.

Ironinya, orang yang kita sangka tidak positif juga mungkin merasa kita tidak positif. Boleh jadi begitu.

Pernah ada yang menulis dalam status fbnya, bahawa orang lain tidak berfikir positif kerana tidak mahu mengambil peluang seperti yang dilakukannya.

Ada juga yang hanya senyum, tapi dalam hatinya mengumpat sambil berasa diri positif.

Positif dan negatif dalam masa yang sama. Eh bukan, positif tambah negatif pastilah negatif jawapannya. Inilah yang menyebabkan orang-orang yang fikir mereka positif selalu terjebak dalam kejadian-kejadian negatif. Termasuk diri saya sendiri.

Sudah berhabis positive thinking tapi masih jumpa hal-hal negatif. Penyebabnya adalah kerana negative feeling di dalam hati. Di minda kata, 'saya boleh!'. Di hati ada suara kecil yang kata, 'saya tak boleh, cukup sampai di sini saja'. Gelombang minda yang tinggi direndahkan lagi oleh gelombang hati yang kuasanya berlipat kali ganda. Seterusnya mengacau vibrasi kita yang berlepas ke lautan energi alam semesta.

Vibrasi yang cantik adalah hasil dari gabungan gelombang minda positif dan keyakinan yang tinggi, positive thinking dan positive feeling.

Berfikir dan berperasaan positif lah terhadap diri sendiri dan orang lain, jika tidak boleh, bersangka baik sahaja dengan Tuhan. Letakkan sepenuh keyakinan bahawa ini adalah aturanNya. Setiap orang menjalani wataknya masing-masing.

Senyum. Relaks. Pasrah. ❤


Nooren Aman 
Vibrasi Cinta Kasih 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Positive Thinking dan Positive Feeling "

Catat Ulasan