Assalamualaikum, sejahteralah sekalian makhluk seluruh alam semesta.
Pernahkah anda mengalami situasi, di mana anda perlu pergi ke suatu tempat tapi merasa tidak senang kerana anda tahu tempat itu selalu tak ada parkir yang kosong?
Kemudian jangkaan anda selalu tepat, sememangnya di tempat itu sudah penuh dengan kereta ketika anda tiba di situ, dan anda terpaksa menunggu kereta lain keluar, berpusing-pusing atau parkir di tempat yang jauh.
Bagi anda, orang-orang yang sudah datang awal itu lah yang menyebabkan anda tak dapat tempat parkir.
Tahukah anda, sebenarnya anda lah yang menyebabkan diri anda tak dapat tempat parkir. Bukan kerana anda terlambat, bukan. Itu sebab nombor dua.
Sebab pertamanya ialah anda sendiri yang sudah set, bila anda datang di sana nanti pasti tiada tempat parkir kereta. Anda yang meramalkan perkara itu.
Anda tahu perkara itu sebab sudah dari hari-hari sebelumnya nampak situasi di sana yang selalu penuh tempat parkirnya.
Perasan tak? Itu adalah hari kelmarin, hari ini lain, hari ini hari yang baru, ada banyak peluang yang baru hari ini. Rebutlah peluang-peluang yang ada di dalamnya dengan bersangka baik.
Jika akhirnya mendapat yang tidak baik dan tidak sesuai dengan keinginan anda, berlapang dada lah..
Husnudzhon dan salamatul sadri. Bersangka baik dan berlapang dada, itu ajaran agama, anda pasti boleh membuatnya.
Berhenti lah dari menjadi ahli nujum atau tukang tilik yang selalu meramalkan keburukan.
Bersangka baiklah dengan Allah. Tiada yang bergerak di dunia ini tanpa IzinNya.
Mulai dari hari ini, bila hendak pergi ke mana-mana tempat, bayangkan satu tempat parkir tersedia untuk anda di tempat itu. Bayangkan anda lah pemilik tempat parkir itu, dan bayangkan anda masuk bersama kereta anda ke tempat parkir, dan parkir kereta anda di situ.
Apakah perasaan anda ketika mendapat tempat parkir itu? Rasakan kegembiraan yang anda alami, ucap syukur dan ucap terima kasih kerana anda telah dapat tempat parkir yang kosong untuk anda.
Lakukan teknik ini setiap kali hendak memulakan perjalanan. Atau pada bila-bila masa yang anda mahu.
Bayangan anda juga adalah doa anda. Sesuatu yang terwujud di dunia nyata terlebih dahulu wujud di alam bayangan. Allah berfirman dalam hadis qudsi,
'AKU MENURUT SEPERTI SANGKAAN HAMBAKU'
Ini adalah teknik bersangka baik, atau lebih dikenali sebagai hukum tarikan, atau The Law of Attraction.
Bayangkan, rasakan dan terima dengan ucapan syukur dan terima kasih.
Bersangka baik dan berlapang dada, senyum dan terima.
Selamat mempraktikkannya.
Dengan cinta kasih,
❤ Nooren Aman
alhamdulillah.. terima kasih..
BalasPadamsama-sama, terima kasih kerana membaca :D
Padam