7 Perkara Yang Merendahkan Vibrasi

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua. 

Vibrasi atau gelombang tubuh yang tinggi sangat diperlukan untuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Walaubagaimanapun, terdapat 7 perkara yang kita lakukan sehari-hari yang menjatuhkan vibrasi diri yang bergetar tinggi.

1. Bekerja terlalu keras.

Tubuh manusia ialah amanah daripada Maha Pencipta. Sayangi lah tubuh anda dengan rehat yang cukup.

2. Kurang tidur.

Tidur ialah satu cara untuk meningkatkan vibrasi dengan semulajadi. Selepas bangun dari tidur pasti anda merasa lebih segar kan?

3. Berkumpul dengan orang-orang yang negetif.

Kenapa kita dianjurkan untuk bergaul dengan orang soleh? Itu kerana supaya kita mendapat jangkitan energi tinggi lagi positif yang mereka getarkan. Bergaul dengan orang-orang yang bergetar rendah boleh menyebabkan energi kita turut rendah.

4. Menyimpan dendam.

Dendam ialah hasil perasaan tidak puashati, marah dan sakit hati. Ini ialah kategori energi rendah yang bergetar pada skala 150-170 dalam posisi Force. Menyimpan dendam hanya menyakitkan dan merugikan dirimu sendiri, bantulah diri mu, lepaskan dan bebaskanlah dirimu dari dendam demi kebaikanmu.

5. Risau.

Risau adalah hasil daripada perasaan takut. Ketakutan dan kerisauan adalah awal daripada terjadinya perkara yang dirisaukan dan ditakuti. Kekuatan getaran perasaan risau dan takut sangat mudah menjemput perkara-perkara yang tidak diingini, seperti yang dijelaskan dalam hukum tarikan (the law of attraction).

6. Mengeluh dan Mengumpat.

Mengeluh dan mengumpat adalah aktiviti pembuangan tenaga. Mereka yang suka mengeluh dan mengumpat memiliki energi yang rendah.

7. Tidak suka berhibur.

Ada banyak cara berhibur, lain orang lain caranya. Carilah cara yang anda suka untuk menghiburkan hati anda sendiri.

Semoga ini membantu anda dan saya dalam meningkatkan vibrasi kita. Sesungguhnya hidup ini ialah satu permainan vibrasi, siapa di atas, siapa di bawah adalah kerana dirinya sendiri.

Salam Vibrasi Cinta Kasih, semoga bergetar tinggi selalu.


❤ Nooren Aman 
Vibrasi Cinta Kasih
Sumber Sumber 


Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "7 Perkara Yang Merendahkan Vibrasi "

  1. Artikel yang sangat bagus ni Nooren..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ril. silakan ditambah kalau ada yang kurang hehe..

      Padam