Salam sejahtera dan cinta kasih kepada anda semua.
Ripple adalah bermaksud riak pada air, dan effect adalah bermaksud kesan. Oleh itu, the ripple effect adalah bermaksud kesan riak air.
Otak manusia mengeluarkan beberapa jenis gelombang yang boleh diukur, begitu juga hati. Hati memancarkan pelbagai jenis pancaran aura yang berwarna.
Gelombang dan pancaran ini wujud secara energi. Tidak dapat dilihat secara kasar tetapi boleh mengakibatkan kesan tertentu kepada hidup manusia.
Setiap kali kita memikirkan dan merasakan sesuatu, kita sebenarnya sedang melepaskan energi ke alam semesta.
Seumpama kita membaling guli ke dalam kolam. Sentuhan pada air kolam itu mengakibatkan airnya beriak atau berombak kecil. Riak air tersebut seterusnya bergerak dan menyebar ke seluruh permukaan air kolam.
Begitulah kita sewaktu memikirkan dan merasakan sesuatu. Energi yang terhasil mampu mengubah alam dan hidup kita.
Menurut hadis qudsi: 'Aku seperti sangkaan hambaKu '
Dan pada hadis yang lain telah diingatkan bahawa setiap orang mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya. Niat yang baik mendapat balasan yang baik, manakala niat yang buruk, mendapat balasan yang buruk pula.
Perhatikanlah fikiran dan perasaan kita selalu. Kerana itulah yang akan terjadi pada diri kita. Kita mampu mengawal dan mengubahnya.
Susah untuk berfikir positif dan merasakan perasaan yang bagus-bagus?
FAKE IT UNTIL YOU MAKE IT. :D
Salam sayang dan cinta kasih untuk anda semua, semoga hidup anda terus bahagia.
💟 💟 💟
Nooren Aman
Www.VibrasiCintakasih.blogspot.com
Berikan komen anda untuk artikel "The Ripple Effect "
Catat Ulasan