Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.
Gambar Hiasan: Maze Runner |
Pernah ditanya kenapa filem melayu selalu menayangkan keruntuhan akhlak. Lalu ada yang menjawab, mereka hanya menayangkan realiti kehidupan masa kini.
Filem antarabangsa tiada kurangnya. Mereka juga menayangkan tentang realiti kehidupan masa kini, tapi diceritakan dalam bentuk fantasi. Percaya atau tidak walaupun fantasi tapi sangat mencerminkan realiti kehidupan.
Saya menyukai filem fiksyen seperti Hunger Games, Lucy, Jupiter Ascending, Interstellar, Maze Runner dan siri Divergent.
Watak utama dalam fiem-filem ini membuat saya mahu menjadi seperti mereka. Saya percaya penonton lain juga begitu, kerana hebatnya kebolehan yang mereka miliki. Sedar atau tidak anda juga berharap mempunyai kebolehan tertentu yang ditampilkan oleh watak sesuatu filem.
Perkara ini membuat saya berfikir, filem-filem ini sebenarnya sedang memberitahu anda, siapa anda sebenarnya. Seorang yang luar biasa dan memiliki kebolehan yang menakjubkan. Kejadian dan suasana dalam filem itu adalah simbolik kepada realiti kehidupan sebenar.
Diantaranya,
1. Dalam filem Jupiter Ascending, bumi adalah hak milik sebuah syarikat yang diuruskan oleh suatu keluarga yang tinggal di angkasa lepas. Pernah dengar hal seperti ini? Cuma mereka tidak tinggal di angkasa lepas.. Hehe..
2. Rakyat dalam filem Hunger Games dan siri Divergent, dipecahkan kepada beberapa golongan dengan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan keamanan. Dalam realiti kehidupan sememangnya kita sedang dipisahkan oleh agama, bangsa, bahasa, negara dan parti politik. Setiap satunya mengaku adalah yang terbaik dari yang lain, dan masing-masing merasa layak mentadbir dunia.
3. Untuk menyatukan semua puak yang terdapat dalam dunia Hunger Games dan siri Divergent, seorang yang berkebolehan luar biasa diperlukan untuk melakukannya.
4. Dalam dunia Maze Runner, Hunger Games dan siri Divergent, manusia hidup dalam dunia yang terkurung, terpisah dari dunia luar dan watak utama yang luar biasa ini lah harapan untuk mengeluarkan mereka dari situ.
5. Walaubagaimanapun, tindakan mereka dianggap sebagai mengancam keamanan yang sedia ada dan mereka ditentang habis-habisan. Pemerintah mahu mereka dihapuskan, samada kebolehan mereka disalahguna atau dibunuh.
6. Orang-orang kebanyakan dalam filem-filem itu mudah dipengaruhi, dimanipulasi dan dihipnotis dengan cerita-cerita fitnah serta taat pada pemerintah yang zalim. Hanya golongan istimewa yang berfikiran luar biasa sahaja yang tidak boleh ditidurkan, kerana 'kesedaran' yang mereka ada dan 'serum' yang digunakan tidak berkesan pada mereka.
7. Watak utama yang luar biasa ini boleh bergaul dengan semua golongan kerana mereka memahami semua orang. Memahami kerana mereka juga ada ciri-ciri yang ada pada orang lain dalam diri mereka. Berani, penyayang, jujur, bijak dan suka menolong.
Samada kebetulan atau disengajakan, semoga kita sentiasa mengambil pelajaran dan semakin sedar. Filem fiksyen boleh jadi seperti cerita dongeng kanak-kanak yang penuh dengan teladan dan pengajaran, terpulang kepada kita bagaimana menilainya.
"Remember who is the enemy"
and "never loose FOCUS".
❤ Nooren Aman
Vibrasi Cinta Kasih
Aku mau jadi macam naruto ba hehehe
BalasPadamhahaha boleh bah tu
BalasPadam