Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.
Baru-baru ini, saya telah pergi menonton filem Kingsman di pawagam. Di dalam filem ini, beberapa anak muda dilatih khas untuk menjadi seorang ejen penyiasat. Dalam satu latihan, mereka diminta menggunakan teknik NLP untuk menarik perhatian target.
Bagi yang belum mengetahui tapi berminat untuk tahu apa itu NLP, sukacita saya menjemput anda untuk membaca ayat-ayat saya yang seterusnya ini.
Apa itu NLP?
NLP adalah satu kajian tentang kecemerlangan diri manusia. Kajian ini digunakan untuk menjadi diri yang terbaik dengan menguruskan kehidupan dan minda dengan cara yang terbaik sekali.
NLP secara bahasa bermaksud; Neuro Linguistic Programming.
Neuro membawa maksud ia berkaitan dengan sistem saraf deria.
Linguistic membawa maksud ia berkaitan dengan bahasa (bahasa minda) dan komunikasi.
Setiap individu adalah berbeza dan bertindak balas terhadap sesuatu secara subjektif.
Gerakan anak mata, hembusan nafas, kata-kata yang digunakan, gerak tangan dan badan berkait rapat dengan getaran frekuensi seseorang. Dengan cara inilah kita boleh mengenal diri kita untuk penambahbaikan peribadi sendiri dan memudahkan kita menyesuaikan diri dengan orang lain.
NLP adalah cara yang terbaik untuk diri yang terbaik.
Terapi NLP digunakan untuk memprogram minda bawah sedar seseorang seperti yang diingininya hanya dalam beberapa minit sahaja.
Saya menggunakannya untuk mengubah diri sendiri dan orang lain untuk menjadi lebih baik seperti yang diinginkan.
NLP sangat luarbiasa, berbeza dari motivasi, kadangkala ia menakutkan saya sendiri dengan apa yang boleh saya lakukan dengan ilmu NLP ini. Tidak hairan lah ia digunakan oleh perisik dan boleh menghasilkan penembak tepat hanya dalam masa 45 minit sahaja.
Anda boleh melihat sendiri di youtube, Anthony Robbins seorang tokoh NLP yang terhebat telah menyembuhkan seorang yang gagap dalam satu sesi terapi yang singkat, sangat menakjubkan!
Sebagai seorang pengamal NLP yang masih baru, masih banyak yang saya perlu saya pelajari dan perbaiki terhadap diri saya sendiri untuk kehidupan yang lebih positif, sihat dan bahagia.
Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu NLP, anda boleh berhubung terus dengan Akademi NLP Malaysia.
Selamat berilmu dan beramal.
Terima kasih.
❤ Nooren Aman
Vibrasi Cinta Kasih
Wah sangat bermanfaat sekali infonya
BalasPadamNLP Memang sangat bermanfaat untuk pemberdaya diri
BalasPadamSangat keren sekali NLP dapat digunakan untuk berbagai macam hal
BalasPadamBaru tau kalau NLP juga digunakan dalam film.
BalasPadamkayaknya harus nonton film tersebut