'Kalau jadi sama kau, apa kau rasa?'
Mungkin mengharap aku jawab 'mestilah marah'.
Tapi aku diam, dalam hati, 'aku yang dulu bukanlah yang sekarang'. Hehe..
Rasanya kalau itu terjadi padaku, aku bertindak berlainan. Tapi aku diam, sebab aku fikir macam tidak logik atau normal, bukan tindakan refleks orang yang selalu.
Kadang-kadang aku mengiyakan supaya tidak kelihatan berbeza.
Ada sesuatu yang terjadi sehingga aku berubah, dari skeptikal menjadi seorang yang neutral, positif dan percaya dengan kebaikan. Ini seperti tidak normal dan berbeza dari aku yang dulu. Tidak sepenuhnya begitu, tapi ada lah 50%, dan saya berharap untuk menaikkannya lagi.
Jika anda seorang yang mudah marah, suka melenting, ada sakit hati dengan seseorang atau beberapa orang, tidak boleh berfikir baik tentang orang lain, terutama yang ada rekod buruk, tidak suka tersenyum dan merasa anda dikelilingi oleh orang-orang yang negetif. Ada satu latihan yang sangat baik saya sarankan untuk anda.
Duduk lah mendiamkan diri, sambil menutup mata. Tegakkan tulang belakang samada dengan menyandar ataupun tidak, kemudian relaks. Duduklah paling lama 30 minit. Satu hari dua kali.
Ini adalah untuk melatih kesabaran seseorang, adakah anda boleh duduk lama-lama dengan mendiamkan diri atau tidak. Jika anda muslim, anda boleh berzikir di dalam hati dengan zikir yang anda suka, zikirlah dengan perlahan. Cubalah berzikir dengan tidak mengangkat lidah. Kerana dengan bergeraknya lidah, anda mungkin cenderung untuk mahu cepat.
Pada awalnya, anda mendengar suara-suara dari minda anda sendiri. Ini adalah kerana minda manusia tidak berhenti berfikir. Sentiasa ada persoalan yang difikirkan atau suara orang lain yang terngiang-ngiang di fikiran.
Teruskan berdiam sehingga suara-suara itu hilang. Sehingga anda mendengar hanya suara hati anda. Juga sehingga tiada lagi suara yang anda dengar.
Keadaan ini merendahkan deguban jantung, anda memasuki zon kehehingan yang menenangkan dalam frekuensi Alpha.
Dengan melakukannya lebih kerap anda pasti menjadi seorang yang tenang, tidak mudah marah, tidak mudah melenting, tidak mudah berkecil hati, sakit hati dan kecewa. Perasaan tak suka terhadap sesuatu mulai neutral, anda juga mulai melihat perkara-perkara positif yang datang dari perkara yang anda lihat negatif sebelum ini. Jiwa kacau transform menjadi jiwa yang tenang.
Perbuatan ini juga dikenal sebagai meditasi.
Saya cadangkan lakukan meditasi selama 7 hari untuk melihat kesannya, atau 21 hari untuk kesan yang lebih ketara.
Meditasi tidak memadamkan api dalam diri. Tapi mengecilkannya sahaja. Jika api dalam diri anda selalu besar, anda juga yang susah, sering terbakar dan membakar.
Bermeditasi lah, kerana ia bermanfaat dalam kehidupan dan membentuk peribadi yang selaras dengan alam. Anda boleh buktikannya sendiri.
Terima kasih kerana membaca. Maaf atas segala kekurangan, love you.
❤ Nooren Aman
Vibrasi Cinta Kasih
Berikan komen anda untuk artikel "'Kalau jadi sama kau, apa kau rasa?'"
Catat Ulasan