Hidup ini dan seluruh alam semesta adalah sebuah perjalanan menuju keseimbangan.
Seperti bumi yang berputar pada paksinya, mengelilingi matahari, berputar dalam keseimbangan. Jika bumi tersasar, tidak berputar pada paksinya, pasti berlaku kejadian-kejadian seperti waktu siang yang panjang beberapa saat atau pendek beberapa minit, atau malam lebih panjang atau pendek. Ini contoh yang simple.
Dalam hidup manusia, masalah-masalah juga begitu. Terjadi kerana adanya ketidakseimbangan dalam hidup. Tapi manusia bukan plenet, manusia makhluk berkehendak. Maka manusia tak tahu cara untuk hidup seimbang, jalan hidup yang lurus menjadi berliku-liku kerana hiasan-hiasan di tepi jalan. Kerana itu lah adanya petunjuk-petunjuk yang datang dalam kehidupan.
Tapi, walaupun sudah banyak petunjuk yang datang kepada kita, masih lagi kita tidak mahu mengikutnya, akibat kekurangan ilmu, tidak percaya dan larut dalam ketidakseimbangan yang mempesonakan. Saya sendiri tidak terkecuali.
Bagi yang telah kembali on track dalam keseimbangan, teruskan mengikut keseimbangan itu. Bagi yang belum, kembali lah sebelum anda kembali.
Bagi yang masih tercari-cari, dan dihimpit side effect yang tidak mempesona akibat ketidakseimbangan hidup, diam lah sejenak, renung ke dalam diri.
Sudah puas diri yang di luar berjalan dan mengikut kehendaknya. Kini dengarkan diri yang di dalam pula dengan berdiam. Aktifkan minda sedar dan bawah sedar dalam satu masa yang sama di dalam meditasi atau zikir. Badan tidur jiwa berjaga.
Saya sendiri mengalami masalah emosi dan berdepan dengan berbagai masalah kehidupan. Nasihat yang pernah saya keluarkan untuk orang lain, saya juga guna untuk diri sendiri. Dunia dalaman menentukan dunia luaran.
Butir-butir kehidupan yang tidak kita suka itu kerana tersasarnya kita dari landasan hidup walau seinci. Dunia luar yang tidak menyukai kita juga adalah kerana hasil ketidakseimbangan hidup kita.
Entry kali ini hanya untuk mengingatkan diri saya dan sesiapa yang tersasar dari landasan hidup walau sedikit, kerana kesannya cukup ketara.
Selamat kembali kepada keseimbangan hidup dan teruskan berjalan dalam keseimbangan itu walaupun banyak godaan yang mempesona di tepi jalan, manfaatkan ia sebagai hiasan tambahan, siapa tahu ia berguna dan membuat perjalanan menjadi semakin indah dan menyeronokkan.
Salam Cinta Kasih
❤ Nooren Aman
Berikan komen anda untuk artikel "Kembali Kepada Keseimbangan Hidup "
Catat Ulasan