7 Lapis Cahaya Penghijab Diri

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

aura


Tujuh lapis cahaya yang menghijab diri itu bermula dengan cahaya merah, oren, kuning, hijau, biru, Indigo dan ungu sebelum melebur menjadi satu cahaya putih.

Hijab pertama ialah cahaya merah. Ia mewakili kebendaan yang bersifat duniawi dan naluri semulajadi manusia untuk terus hidup. Frekuensi energi warna merah adalah energi yang paling rendah dan orang-orang yang terhijab atau bergetar di sini, mementingkan diri sendiri, mempunyai ego yang sangat tinggi, pemarah, pendendam, sukar memaafkan, pendengki, sombong, kedekut dan cinta dunia secara berlebihan. Adakah salah satu ciri ini ada pada kita?

Hijab ke-2 ialah cahaya oren yang mewakili emosi dan kreativiti manusia. Seseorang yang terhijab di cahaya oren ini sifatnya seperti air laut yang kadang tenang kadang berombak. Suka merajuk dan cenderung untuk selalu memuaskan hatinya atau kreativitinya.

Hijab ke-3 ialah cahaya kuning yang terhasil oleh pusat tenaga diri yang terdapat di kawasan perut. Kawasan ini dipanggil sebagai chakra pusat atau solar plexus atau terma yang paling saya suka ialah 'matahari dalam dirimu'. Cahaya kuning mewakili fikiran. Orang-orang yang bermasalah di bahagian perut seringkali mengalami masalah fikiran seperti stress,  ketakutan atau suka membayangkan dirinya kerasukan.. Hehe..

Hijab ke-4 ialah cahaya hijau. Ia mewakili hati yang tenang. Cahaya ini dipancarkan oleh hati-hati yang tenang melalui chakra hati atau dalam bahasa sanskritnya, anahata. Orang-orang yang sudah berada di sini egonya semakin rendah, empati, dermawan dan mementingkan orang lain. Tidak hairan jika hospital banyak menggunakan warna hijau.

Hijab ke-5 ialah cahaya biru. Warna biru adalah berkaitan dengan komunikasi, kebenaran, keadilan, ilmu dan  kejujuran. Cahaya ini dipancarkan melalui titik tenaga yang terdapat di leher, ia juga dikenal sebagai chakra leher. Tidak hairan jika nila digunakan untuk merawat beguk, saya tidak tahu jika ada unsur-unsur kimia yang boleh merawat beguk dalam nila, tapi jika warna biru yang terhasil dari nila sudah tentu boleh. Orang-orang yang terhijab atau bergetar di sini suka mencari makna kehidupan, ilmu dan kebenaran. 

Hijab ke-6 ialah cahaya Indigo atau biru tua. Cahaya ini dipancarkan oleh 'mata ke-3' manusia yang terletak di tengah-tengah alis kening. Orang-orang yang melihat menggunakan mata ini adalah orang-orang yang boleh melihat sesuatu di balik sesuatu dan seringkali merupakan orang yang bijaksana. Egonya sudah semakin rendah dan selalu memahami orang lain.

Hijab ke-7 ialah cahaya ungu. Ia dipancarkan dari tengah atas kepala manusia. Orang-orang yang sudah berada di sini seringkali dianggap sebagai orang gila kerana tiada lagi kepentingan duniawi yang ada bersamanya yang mana amat sukar bagi orang lain. Tapi dia adalah insan kamil. Egonya sudah rendah dan suka mengabdikan hidupnya untuk orang lain.

Selepas mengharungi semua hijab cahaya yang berlapis-lapis ini, akhirnya semua cahaya melebur menjadi satu, iaitu cahaya putih yang universal. Sifat-sifat peribadi yang terhijab oleh cahaya-cahaya sebelumnya telah hilang dan menjadi dekat dengan sifat-sifat ketuhanan.

Saya percaya salah satu cara untuk melepas hijab tujuh lapis cahaya ini atau bergetar harmoni dengannya adalah dengan bergetar tinggi atau beresonansi bersama cahaya alam semesta yang bertukar setiap masa. Jika kita sudah melakukannya tetapi masih tidak terlepas, mungkin ada yang salah dalam 'proses resonansi' itu. 

Cahaya mana pun yang menghijab kita sekarang ini, semoga cahaya itu harmoni bersama dengan cahaya yang lain dan semakin mendekat untuk melebur menjadi satu cahaya putih.

Cahaya tetap lah cahaya dan cahaya bukan lah Pelita.

Salam bercahaya dengan indahnya dari saya, cahaya yang ada dalam dirimu juga ada dalam diriku, namaste.


❤ Nooren Aman 
Vibrasi Cinta Kasih

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "7 Lapis Cahaya Penghijab Diri "