Rasa Tak Sedap Hati

Assalamualaikum, sejahteralah anda semua.

Rasa tak sedap hati nak pergi jalan? rasa tak sedap hati nak buat itu dan ini? Pernah rasa tak?

Adakah ia terbit dari rasa malas? Dari prasangka? Atau dari sesuatu yang sukar dijelaskan? Sesuatu yang tak nampak tapi boleh dirasa. Ya itu lah vibrasi, getaran hati.

Pernah saya ditanya, apa itu vibrasi. Vibrasi adalah getaran yang bergetar pada frekuensi tertentu. Ada yang membawa mesej cinta, benci, syukur, pasrah, malu dan sebagainya.

Setiap hari, setiap saat kita bergetar, melalui suara, perasaan, fikiran, riak wajah dan sebagainya. Kerana itulah, kita tahu dalam hati jika seseorang itu berbohong atau atau kurang ikhlas dalam percakapannya, kerana vibrasi yang keluar dari dirinya berbeza dari apa yang kita dengar dan lihat dari dirinya. Tubuh, minda dan jiwa kita mengenali dan mengetahui vibrasi yang seseorang itu getarkan.

Begitu juga dengan kejadian-kejadian yang telah dan belum terjadi. Keadaan disekeliling kita, semuanya menggetarkan sesuatu frekuensi. Kita boleh memilih ikut bergetar sama atau mengubah frekuensi kita.

Di blog ini, saya memilih untuk menggetarkan vibrasi cinta kasih khas untuk anda semua, para cahaya yang berjalan di jalan cinta.

Semoga kita saling memahami dan saling sayang.


❤ Nooren Aman 

Vibrasi Cinta Kasih

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Rasa Tak Sedap Hati "

Catat Ulasan