Assalamualaikum, sejahteralah anda semua.
Reiki adalah satu aliran ilmu tenaga yang bermula di Jepun. Setiap pelajar yang mempelajari ilmu ini mesti tahu prinsip Reiki.
Jika anda pernah belajar Reiki tetapi telah tidak mengamalkannya, sukacitanya saya ingin sama-sama mengingatkan anda dan saya tentang prinsip reiki yang baik ini.
Ada 5 prinsip yang telah diperkenalkan oleh Mikao Usui, pengasas Reiki.
Jika anda bukan pelajar Reiki, saya ingin mengenalkan prinsip ini kepada anda, ia sangat memberi manfaat jika diamalkan.
PRINSIP REIKI
Hari ini,
Aku padamkan kemarahan ku
Aku hilangkan kerisauan ku
Aku bersyukur atas rezeki Mu
Aku bekerja dengan jujur
Aku mengasihi semua makhluk Mu
Aku hilangkan kerisauan ku
Aku bersyukur atas rezeki Mu
Aku bekerja dengan jujur
Aku mengasihi semua makhluk Mu
Prinsip ini berkesan untuk memperbaiki aura diri. Kerana aura yang cantik dan sihat, bebas dari kemarahan dan kerisauan. Kesyukuran meningkatkan getaran energi, manakala kejujuran dan kasih sayang pula menambah keindahan peribadi seseorang.
Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak terlepas dari sikap negetif seperti marah-marah dan risau. Lupa untuk bersyukur atas nikmat Tuhan, tidak jujur dalam pekerjaan, dan kadangkala membenci sesuatu atau seseorang.
Akibatnya kita hanya menyusahkan dan merugikan diri kita sendiri. Dengan mengamalkan prinsip ini, seseorang menjalani kehidupan yang positif dan bahagia.
Kerana sememangnya kita sedang hidup pada ketika ini, hari ini dan sekarang.
Kelmarin sudah berlalu dan tidak boleh diubah, esok pula belum tentu ada.
Prinsip ini membolehkan seseorang sentiasa menjaga aura diri agar sentiasa bergetar tinggi dan tidak terjebak dengan drama duniawi.
Selamat mengamalkan prinsip ini yang sudah pasti bermanfaat untuk saya dan anda.
Salam cinta kasih dan sayang.
❤ Nooren Aman
Berikan komen anda untuk artikel "Prinsip Reiki "
Catat Ulasan