Persepsi Tentang Perawat Energi

Energy, alam, aura, universe

Assalamualaikum, salam kesejahteraan untuk anda.

Selama menjalankan perawatan energi, berbagai andaian dari klien dan mereka yang tidak memahami tentang apa yang saya lakukan sebagai perawat energi. Di sini sukacitanya saya ingin menjawab secara bertulis frequently asked question ini untuk memudahkan anda lebih mengenal saya sebagai perawat energi anda yang paling ............. (sila isi tempat kosong). 

Berikut adalah antara persepsi yang saya terima;

1. Mengamalkan mantra 
2. Mengamalkan yoga
3. Melakukan penyembahan
4. Meminta pertolongan dari batu permata
5. Energi perawat akan habis jika kerap merawat
6. Perawat menyerap energi negetif dan angin pesakit ke dalam dirinya.
7. Mempercayai simbol, nombor dan bentuk-bentuk geometri.

1. Mengamalkan Mantra
Mantra mungkin adalah doa atau zikir dalam bahasa Hindu. Jika mantra adalah doa dan zikir, maka mantra kesukaan saya ialah: 
I'm sorry, please forgive me, I love you, thank you. Selain dari ini, ada banyak lagi.

2. Mengamalkan yoga
Yoga adalah sejenis senaman. Postur-postur yang terdapat dalam yoga juga terdapat dalam senaman lain. Saya seorang yang suka bersenam dan untuk melakukan renggangan otot dan latihan senaman, saya turut melakukan postur-postur seperti dalam yoga. Saya suka yoga tapi saya bukan yogi. :) 

3. Melakukan Penyembahan 
Sudah tentu saya melakukan penyembahan, setiap ORANG YANG BERSERAH sememangnya wajib melakukan penyembahan kepada Allah swt 5 kali sehari.

5. Meminta Pertolongan dari batu permata 
Sama seperti ubat yang mempunyai berbagai khasiat penyembuhan, begitu lah juga batu permata. Energi yang tersimpan dalam batu permata dapat diukur dalam Hz. Batu kristal adalah penyimpan energi yang baik. Energi pada kristal quartz digunakan untuk menggerakkan jarum jam.

Batu yang sudah ditingkatkan energinya bertindak seperti bateri. Pemakai batu permata akan diimbas atau caj oleh aura dan energi batu permata yang dipakainya. 

Tetapi ini adalah pilihan. Seperti memakan ubat ketika sakit, bukankah kita berharap kesembuhan dari akibat memakan ubat itu? Padahal yang menyembuhkan ubat atau Allah s.w.t?

5. Energi perawat akan habis jika kerap merawat

Dalam setiap perawatan energi atau tenaga ilahi, perawat hanya bertindak sebagai MEDIUM sahaja. Tenaga yang dialirkan adalah berasal dari energi alam semesta. Maksudnya di setiap sekeliling kita ini bukan lah kosong, tapi terisi dengan lautan energi. Selain itu, makhluk lain seperti tumbuhan, gunung dan laut juga mengeluarkan energi. Semuanya untuk manusia, terserah kepada manusia untuk menggunakannya. 

6. Perawat menyerap energi negetif dan angin pesakit ke dalam dirinya
Keadaan ini boleh terjadi jika perawat menggunakan tenaga dalam (tenaga sendiri) atau jika perawat sedang mengalami kebocoran energi. Walaubagaimanapun dengan energi murni ilahi, perawat yang bertindak sebagai medium terlebih dahulu menerima aliran energi ke dalam tubuhnya sebelum dialirkan kepada pesakit. Perawat seumpama sedang mandi di air terjun tingkat pertama, manakala pesakitnya berada di tingkat dua dan seterusnya, air terjun yang mengalir terkena si perawat terlebih dahulu sebelum sampai kepada pesakit.

7. Mempercayai simbol, nombor dan bentuk-bentuk geometri 
Sememangnya tiada ciptaan yang sia-sia. Simbol telah digunakan sejak lama dahulu untuk mewakili perkataan, nombor sebagai kod pengiraan dan bentuk-bentuk geometri sebagai blue-print ciptaan Tuhan. Setiap satu mempunyai getarannya yang tersendiri dan seringkali digunakan untuk menghantar signal atau subliminal message kepada dunia demi kepentingan sesuatu pihak. Terserah lah kepada manusia untuk mengetahui rahsia disebalik simbol, nombor dan bentuk-bentuk geometri atau memilih untuk terpengaruh dengan subliminal message yang dibawa oleh nombor, simbol dan bentuk-bentuk geometri itu. 

Dengan kefahaman bahawa simbol, nombor dan bentuk-bentuk geometri itu boleh mempengaruhi kehidupan, bukanlah bermakna manusia mesti beriman kepada makhluk. Kekuatan sentiasa ada pada manusia untuk merubah asalkan manusia mahu mengenal potensi dirinya. 

Sememangnya banyak lagi persepsi yang tidak baik diterima oleh rakan-rakan perawat energi yang lain. Tapi itu semua hanyalah kerana kegagalan sebelah pihak untuk memahami bahawa makna ghaib dan mistik itu tidak lah sama bagi semua orang. 

Di mana pun anda pergi berubat, sentiasa sematkan dihati, tiada daya dan kuasa di dunia ini yang dapat bergerak tanpa pertolongan Allah, tiada di alam ini yang dapat menyembuhkan selain Allah, walaupun pada mata kasarnya perawat itu adalah doktor, bomoh, ubat atau penganut agama lain. 

Lihatlah Allah di manapun, agungkan dan puji lah Allah di setiap kesempatan, sungguh banyak nikmatNya yang kita nikmati dengan berfikir itu adalah hasil usaha kita, padahal itu adalah kurniaanNya. Sebagai perawat, saya hanya mampu mengalirkan energi kasih sayang dan penyembuhan itu sendiri adalah datang dari Allah swt juga. 

Terima kasih kerana membaca. Salam cinta kasih dan sayang untuk anda selamanya.

❤ Nooren Aman
www.vibrasicintakasih.blogspot.com 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Persepsi Tentang Perawat Energi"

Catat Ulasan