Perawat Juga Memerlukan Perawat

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk semua.

Lanjutan dari pertanyaan daripada klien, ada juga yang pernah bertanya;

Boleh kah seorang perawat energi sakit?


Sudah tentu, perawat juga adalah manusia. 

Perawat dengan gelaran doktor, sin sang, bomoh, dukun, bidan, tukang urut, penerapi NLP dan apa sahaja profesi yang seseorang itu lakukan demi kesihatan juga memerlukan orang lain untuk merawat dirinya. Perawat energi tidak terkecuali.


Selagi yang namanya manusia, akan sentiasa diuji dengan sakit, susah dan senang.

Manusia perlu merasa sakit untuk merasa nikmat sihat, manusia perlu sesak nafas, untuk merasa nikmat nafas, manusia perlu merasa susah untuk merasa nikmat kesenangan, supaya manusia tahu bersyukur.

Jika tidak ada kesakitan, bagaimana manusia mengertikan kesihatan sebagai sihat? Jika tiada kesusahan, bagaimana mengertikan kesenangan?

Hikmah sakitnya seseorang, ilmunya akan bertambah jika dia mengambil pelajaran dari sakitnya. Jika sakitnya berjaya membuat dia berfikir dan merenung diri. Sakit tidak datang dengan sia-sia, pasti ia datang bersama mesej tertentu bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Seorang doktor tidak boleh merawat dirinya sendiri dengan sempurna kerana sewaktu kita sakit, emosi kita terganggu, fikiran kadangkala buntu kerana sakit yang tak tertahankan.

Seorang tukang urut, walaupun boleh mengurut dirinya sendiri, tapi rasanya tidak sama dengan diurut oleh orang lain.

Begitu lah juga dengan perawat energi. Walaupun boleh merawat diri sendiri, tetap juga memerlukan perawat energi yang lain untuk merawatnya. Cuma bezanya perawat energi dengan perawat aliran lain, semakin merawat, semakin sihat. Kenapa?  Kerana energi alam semesta terlebih dahulu masuk melalui tubuhnya sebelum dilepaskan kepada pesakit.

Perawat mungkin keletihan selepas merawat sama seperti yang dirawat kerana halusnya kerja energi yang sedang bergetar dalam diri kedua-duanya. Walaubagaimanapun, keletihan itu adalah kebaikan, kerana tidur diperlukan untuk lebih menyerap energi yang sedang bergetar dalam diri perawat dan pesakit yang dirawat.

Kesimpulannya, perawat energi juga boleh jatuh sakit dan memerlukan perawat lain merawatnya jika perlu.

Semoga anda sihat selalu dalam rahmat cinta kasih Ilahi. Amin.. 

❤ Nooren Aman 
Http://www.vibrasicintakasih.blogspot.com 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Perawat Juga Memerlukan Perawat"

Catat Ulasan