Tafsir Mimpi

tafsir mimpi

Assalamualaikum, sejahteralah sekalian makhluk seluruh alam semesta ini.

Aku bermimpi tentang bapa kerana terlalu rindu.

Aku bangun dan berfikir, aku merasa bahawa semestinya dia juga sedang merinduiku.

Aku menangis, hanya bapa yang memahami sakit dan susah ku, sehingga dia datang dalam mimpi untuk membantu ku.

Kasihnya sungguh luar biasa, besar dan luas melangkaui dimensi.

Mimpi ini pasti dari Allah, dan ia pasti benar.

Tapi.. Kenapa Allah memberikan aku mimpi itu? 
Kerana Allah sangat menyayangi ku. DikirimkanNya kasih sayangNya melalui bapa. Jawabku sendiri.

Subhanallah..

Aku tersedar.. Dan aku menangis lagi, merasai betapa besarnya kasih sayang Allah, melangkaui setiap kejadian.

Allah mengirimkan kasih sayangNya dari keluarga, sahabat dan segala kejadian di sekeliling kita.

Alhamdulillah..

Pujilah Allah, bersyukur lah padanya. Semua yang kita ada hari ini, semuanya kerana kasih sayangNya.

Termasuk sakit, susah dan rindu.

Saya percaya ramai yang mengalami mimpi seperti ini, terlalu mengharapkan sesuatu lalu mendapatnya dalam mimpi.

Mimpi ini sudah lama saya alami, tapi kesannya masih terasa.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan saya sendiri.

Mimpi ini ditafsir sendiri tanpa merujuk mana-mana pentafsir mimpi, boleh jadi ada maksud lain, Wallahualam. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Pandanglah maksud baik yang tersembunyi di balik setiap kesusahan dan kesakitan, Allah sedang mengajar kita sesuatu dan kita pasti bahagia.

Try it and you like it
Proven and experienced
You decide ;) 😉

❤ Nooren Aman
Pemimpi dan pentafsir mimpi

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Tafsir Mimpi"

Catat Ulasan