Saksi Bisu



Tidak perlu tunggu hari kiamat untuk mendengar kata-kata anggota badan kita, yang menjadi saksi perbuatan kita, bagus atau jahat. Sekarang pun boleh.

Tumpukan perhatian pada diri mu, rasakan di mana yang sakit. Anggota mu sedang berbicara pada mu. Sakitnya si saksi bisu.

"Sesungguhnya aku menzalimi diriku, aku menyesal, ampuni aku"

Doa ini paling ampuh menyembuhkan jika disertai kesedaran perbuatan sendiri. Jika masih tidak sedar, terus lah merenung diri. 

Robohkan lah dinding ego yang selalu sukar mengaku salah dan tak mahu kalah.

Istigfar adalah kerana salah sendiri dan bukan hanya ketika melihat kesalahan orang lain. 

Perbuatan menyalahkan jin dan orang lain hanya lebih menyakitkan kerana mereka tidak berkuasa tanpa jemputan dari anda. Anda telah menjemput kesakitan dan kejahatan dalam hidup anda secara sengaja atau tidak dengan berbagai cara.

Apakah cara-cara itu? Fikirkan dulu sementara saya siarkan artikel seterusnya.

Semoga hidupmu sihat dan bahagia selalu. 

Love, 
Nooren Aman
Pengamal Metafizik 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Saksi Bisu"

Catat Ulasan