Manusia Makhluk Elektromagnetik




Manusia ialah makhluk elektromagnetik. Elektrik dan magnetik sekaligus. 

Kita mengeluarkan dan menerima energi elektrik dan magnetik secara halus dalam masa yang sama.  

Ketika kita berfikir, berperasaan atau bercakap tentang sesuatu, kita melepaskan sejumlah tenaga elektrik yang menolak. Sementara itu, kita juga melepaskan radiasi magnetik yang mempunyai daya tarikan.  

Terkandung dalam energi elektrik dan daya magnetik yang dilepaskan itu, ialah informasi dalam bentuk getaran. Ini lah yang dapat memecahkan getaran-getaran yang terkumpul (penyakit) dalam sesuatu wilayah/tubuh. Hanya jika getaran yang kita lepaskan lebih tinggi dari getaran sedia ada. 

Contohnya, tona suara tinggi yang memecahkan cermin. Cermin ialah gumpalan energi rendah, dan suara ialah getaran energi yang tinggi. 

Getaran energi yang tinggi tidak mempunyai bentuk. 

Itu lah yang terjadi saat energy healing dilakukan. Berlaku pemindahan energy dari healer kepada pesakit. Cara pemindahannya berlaku dalam berbagai cara. Bergantung dengan kebiasaan, kesukaan atau keyakinan healer itu sendiri.  

Niat, gerakan tangan, sentuhan, soalan, bacaan atau menggunakan media seperti kristal/kayu sakti hanyalah jalan mengalirkan energi.

Saya menerima banyak soalan-soalan dan cerita-cerita misteri beracuankan drama tv daripada klien yang mahu disembuhkan. Jadi, tulisan ini adalah sebagai salah satu jawapan kepada soalan-soalan itu. 

Saya akan kongsikan apa yang saya baca sewaktu saya merawat di post yang lain, sebab ada yang takut syirik. Mahu tahu? Save blog ini ya.. 

Love, 
Nooren Aman. 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Manusia Makhluk Elektromagnetik "

Catat Ulasan