Medium Sakti


Apabila kita mendengar si A berkata dari tv, adakah kita mengatakan 'tv yang kata ' atau pun 'si A yang kata'?.

Dalam dunia yang penuh keajaiban dan mistika alias metafizika. Selalu orang-orang menggunakan medium untuk berkomunikasi dengan yang rahsia. 

Cermin, kristal, pendulum, dowsing rod dan sebagainya. Ini semua hanya alat. Seperti tasbih yang dibuat sebagai kalkulator. Bezanya medium metafizik memberikan maklum balas yang berbeza, seperti mesin poligrafi. 

Tubuh manusia tidak menipu, jika anda lapar, perut berbunyi dan menjadi sakit. Walaupun mulut anda mengatakan anda sudah makan. 

Sewaktu kecil dahulu ibu saya menceritakan bahawa nanti kita akan ditanya tentang apa yang pernah kita lakukan, tapi anggota badan lah yang menjawab, kecuali lidah. Bagaimana kalau kita tanya sekarang? Bolehkah anggota badan kita menjawab? Sudah tentu. Cuma dengan cara yang berbeza dari mulut, iaitu tanpa suara, tapi dengan isyarat. Isyarat dalam bentuk sakit, energi, ujian kinesiology atau ujian bohong poligrafi.

Bolehkah kita bertanya tentang hal yang ghaib?  Ghaib ialah sesuatu yang rahsia dan tersembunyi dari kita. Contohnya jodoh. Dianjurkan untuk solat istikharah untuk melihat tanda-tanda bahawa seseorang itu ialah jodoh kita dan menguatkan kepercayaan kita pada jodoh yang kita pilih. 

Tapi bukan kah mencari tahu yang ghaib ini dikira sebagai bertenung nasib yang syirik? Berdoa tidak perlu alat dan medium. Tapi kenapa doa pada hari Jumaat dikatakan makbul? Mediumnya di sini ialah hari jumaat. Selain itu ialah berdoa depan kaabah. 

Melihat yang tidak terlihat, mendengar yang tidak terdengar dan merasa yang tidak dirasa oleh orang lain adalah pengalaman yang harus dialami untuk difahami. 

'Aku hanya menduga, tidak mampu merasa, pengorbanan yang diberikan ibu'

Kata ibu saya ketika memarahi anaknya yang degil ini dulu, 'nanti saat melahirkan, baru kamu ingat mama ' 

Saya bertanya dengan ibu-ibu yang sudah melahirkan dan mereka membenarkan kata-kata ini.  

Adakalanya saya akan scan bahagian yang sakit dan menumpukan rawatan dibahagian itu, atau membuat rawatan ke semua titik energi tapi ditumpukan lebih lama dibahagian yang lebih memerlukan. Bagaimana saya tahu? Kerana tubuh tidak menipu, dan ada sesuatu dalam tubuh kita yang sangat mengetahui tentang segala sesuatu sedang memberi isyarat kepada kita. Tapi untuk membacanya memerlukan kepekaan yang tinggi. 

Jika anda melihat seseorang perawat atau sahabat anda atau saya menggunakan sesuatu medium, tahan lah penilaian anda dari menghakimi. Bertanya lah bagaimana alat itu memberi bantuan atau memudahkan sesuatu proses kerja. Medium yang digunakan tidak lain hanya seperti pisau yang digunakan untuk memotong ikan. Hakikatnya siapa yang memotong ikan? Pisau atau pemegang pisau? Pemegang pisau atau Tuhan? 

Penggunaan alat dalam rawatan energi atau memanifestasikan hajat selalu dilakukan sebagai alternatif, merawat dan memanifestasikan hajat dengan tangan kosong pun boleh dilakukan. Sama seperti seorang pendekar, boleh pilih main senjata atau lawan dengan tangan kosong. Cuma dengan senjata lebih efektif sedikit kan? 

Tingkatkan lah keimanan anda, jangan mudah terpengaruh dengan artikel ini, atau mana-mana artikel yang tidak menggunakan dalil kitab suci. Artikel ini hanya mengajak anda berfikir tentang sesuatu dari luar kebiasaan anda. 

Semoga ilmu apa sahaja yang anda ada semakin membuat anda dekat dengan Tuhan, jadi bahagia dan selamat (salam). 

Di entry yang lain, saya akan menceritakan kegunaan cermin secara metafizika. Ya, cermin yang hari-hari kita lihat untuk berlawa. :) 

Salam sayang. 
Nooren Aman

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Medium Sakti"

Catat Ulasan