Future Pacing = Memiliki Sebelum Memiliki



Future pacing

Future pacing ialah step terakhir dalam banyak terapi NLP. Teknik ini digunakan untuk membawa klien membayangkan masa hadapan. Di mana masa hadapan itu, klien sedang melihat dan merasakan dirinya seperti yang dia inginkan.

Bayangan masa hadapan itu dibawa dengan skrip yang lebih kurang seperti ini;

"Di satu masa hadapan, *mungkin esok, *selepas ini, atau *minggu hadapan, *ketika bercakap pada audien, atau ketika anda berada di situasi tertentu di mana anda perlu menjadi seperti yang anda inginkan. Lihat diri anda, di manakah anda berada? Bagaimanakah anda bersikap? Siapa yang bersama anda? Bunyi apakah yang anda dengar? Apakah yang anda rasakan?"

Skrip boleh mengandungi sugesti/cadangan atau soalan sahaja serta diubahsuai mengikut kesukaan penerapi. Kerana pada akhirnya klien lah yang mengetahui sendiri jawapan daripada bayangan masa hadapan yang dia inginkan dan rasakan.

Dari segi spiritual, ini ialah teknik yang suka saya panggil sebagai 'memiliki sebelum memiliki' atau 'the law of attractions'. Teknik ini juga mengandungi erti daripada 'the power of NOW'.

Membawa klien untuk melihat dirinya di masa hadapan dan merasakan sesuatu perasaan pada masa kini, sebenarnya membuat klien melepaskan perasaan memiliki itu ke lautan semesta, dan apa yang dilepaskan ke lautan semesta sepenuh perasaan dipercayai kembali kepada diri 10 kali ganda. Anda boleh tidak mempercayai ini jika anda bukan seorang spiritualistik. Perkara ini adalah berdasarkan undang-undang semesta iaitu 'ten fold return'. Undang-undang ini bermaksud apa yang kita tabur, kita tuai pada akhirnya.

Jika anda pernah belajar NLP tetapi telah tidak mempraktikkannya kepada diri sendiri, saya membawa anda untuk kembali mempraktikkannya. Bukan orang lain sahaja yang harus diterapi, tapi diri sendiri yang paling utama.

Jika anda peminat NLP, di sini saya berkongsi cara untuk membantu diri anda dalam 'Future pacing' atau 'memiliki sebelum memiliki'.

Mulakan dengan menutup mata dan menarik nafas dengan dalam sebanyak 3 kali atau lebih.

Bayangkan diri anda berada di suatu tempat yang anda inginkan dan membuat sesuatu seperti yang anda mahu.

Apa yang anda nampak?

Apa yang anda dengar?
Apa yang anda rasakan?


Kekalkan bayangan dan perasaan ini selama beberapa minit dan jika anda sudah puas menikmati perasaan itu, bangunkan diri anda dan ucapkan syukur serta terima kasih.

Teknik ini boleh membuat seseorang mempunyai jiwa yang kaya. Secara zahirnya masih belum memiliki tapi dalam jiwanya sudah pun memiliki, dan setiap ciptaan bermula di alam bayangan sebelum dimanifestasi ke alam zahir. Ini juga adalah hukum tarikan daripada undang-undang semesta.

Walau apa pun termanya, semua adalah saling berkaitan.

Selamat mengamalkan teknik Future pacing pada bila-bila yang anda suka, selamat menanam dan menebarkan aura-aura kebaikan ke alam semesta. Semoga terhibur dengan permainan ini.

Salam sayang,


Nooren Aman 

NLP Spiritualis

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

1 Tanggapan untuk "Future Pacing = Memiliki Sebelum Memiliki "