Berhenti Merasa Tersinggung



Selamat sejahtera

Pembaca disayangi, marilah kita berhenti dari perasaan suka merasa kecil hati atau tersinggung.

Tersinggung dengan kata-kata orang lain

Tersinggung dengan post di media sosial 
Tersinggung dengan simbol kepercayaan agama lain
Tersinggung dengan gambar binatang 
Tersinggung kerana tidak mendapat pertolongan dari kawan-kawan 
Tersinggung kerana tidak diajak travel bersama 
Tersinggung kerana tidak dijemput ke mana-mana perjumpaan rakan-rakan 
Tersinggung kerana tidak ditegur 
Tersinggung kerana tidak dihargai
Tersinggung kerana tidak mendapat ucapan terima kasih
Tersinggung kerana cinta tidak berbalas


Kerana merasa tersinggung seperti ini ialah petanda kita sudah jatuh ke level ego yang rendah.

Rezeki sudah ada yang mengaturnya, percayalah rezeki tidak pernah tertukar.

Jaga lah hati sendiri, mengharap dan meminta lah sepenuh hati kepada Tuhan.

Berhenti lah menyalahkan orang lain, ia akan membuat mu lebih sakit.

Berjiwa besar lah. Penuhi hati mu dengan perasaan positif dan temui diri sejati mu.

Dunia ini ialah permainan yang sudah ada pengaturnya. Kita tidak boleh mengubah bagaimana orang lain bersikap kepada kita, tapi kita boleh mengubah reaksi dan respon kita kepada orang lain.

Jadilah kita pemilik hati yang luas, seperti luasnya lautan. Yang segala racun dituangkan padanya menjadi larut kerana banyaknya air laut yang mencairkannya.

Jadilah kita pemilik hati yang tenang, setenang isi air kolam yang tidak berarus, sehingga tiada riak ombak dipermukaannya.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang, Tuhan tidak memandang wajahmu, tetapi hati mu.

Berlapang dada lah dan pilih untuk merasa gembira, bahagia dan bersyukur yang menghiasi hati mu.


Cinta dan kasih untuk mu,

Nooren Aman

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Berhenti Merasa Tersinggung "

Catat Ulasan