"Terasa seperti dicekik"


"Terasa seperti dicekik" 
"Rasa seperti nafas ditarik"

Berapa pesakit memberikan komen seperti ini kepada saya selepas sesi energi healing.

Pernah rasa sedih pada sesi perpisahan? dengan kawan atau ahli keluarga. Atau kehilangan harta benda? Rasa sakit, sedih, kecewa, dan sedikit rasa mau mati. Hehe..

Begitu juga lah ketika kita berpisah dengan penyakit yang sudah lama dihidapi. Kemelekatan dengan sesuatu, membuat kita rasa selesa. Sudah sebati, sudah senyawa dan senafas. Sudah biasa hidup dengannya.

Ketika sesi healing, energi negatif yang sudah lama tersimpan dan mendap dalam badan seperti payah untuk dikeluarkan oleh tubuh kerana itu pesakit terasa seperti dicekik atau terasa seperti nafasnya ditarik.

Simptom-simptom yang terlihat ketika sesi healing ialah pesakit batuk-batuk, sesak nafas atau sendawa.

Sebagai perawat, tanda-tanda ini menggembirakan hati saya kerana ini bermakna energi negatif yang mendap telah berjaya dikeluarkan. Walaupun proses ini terlihat dan terasa seperti sedikit menyakitkan pada pesakit, proses ini sebenarnya bermanfaat bagi dirinya.

Apakah energi negatif yang mendap itu? Ramai yang tidak menyedari tentang ini. Ketika seseorang telah sembuh dari sesuatu penyakit secara fizikal, ada bahagian yang masih sakit. Mental dan emosinya masih lagi sakit. Ini lah trauma. Hanya berlaku ketika di trigger. Kita rasa sudah sembuh dari kekecewaan atau kehilangan, tapi bila ternampak sesuatu yang disebut sebagai anchor, biasanya barang-barang yang mempunyai nilai sentimental, lagu atau tempat, ingatan terhadap seseorang itu kembali lagi. Sebenarnya ingatan terhadapnya tak pernah hilang, hanya mendap di mana-mana bahagian tubuh.

Sebagai contoh trauma kemalangan. Ada bahagian tubuh yang tidak sihat sepenuhnya walaupun luka-luka sudah sembuh. Itu lah sejumlah energi negatif yang mendap di sana. Ada masa-masa ia kembali menyakitkan.

Tidak semua penyakit memerlukan teknik fizikal dengan menekan tempat-tempat tertentu, rawatan energi ialah rawatan halus tanpa alat dan boleh dilakukan tanpa sentuhan.

Ada juga yang tidak merasakan apa-apa sepanjang sesi rawatan, tentang ini saya akan tulis pada post seterusnya.

Terima kasih kerana membaca, semoga mendapat pencerahan.

Salam damai di hati.

Nooren Aman 
Pekerja Energi

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel ""Terasa seperti dicekik""

Catat Ulasan