Kuasa Pemboleh Ubah


Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Ketika anda pergi ke suatu tempat, terbuka atau tertutup seperti bilik atau rumah, berjumpa dengan seseorang atau sesuatu, tumbuhan, haiwan dan benda, anda sedang mengenalkan energi anda kepada subjek atau tempat tersebut.

Anda boleh mempengaruhi energi subjek menjadi setinggi energi anda atau anda yang terpengaruh dengan energi subjek yang rendah atau tinggi.

Biasakan bergetar tinggi dengan berenergi positif, berperasaan baik, bersyukur dan sukaria. Subjek anda akan cuba untuk menyepadankan energinya kepada getaran frekuensi yang anda bawa.

Jika anda merawat pesakit, simpan dalam fikiran anda bahawa pesakit itu sudah sembuh. Jika anda membersihkan sesuatu kawasan yang berenergi negatif, bayangkan tempat itu telah bersih. Sentiasa membayangkan hasil yang anda perolehi, atau bayangkan proses penyembuhan sedang berlaku.

Jika anda memberikan tumpuan kepada keadaan masakini yang menyakitkan, anda semakin menambah kuasa kesakitan atau keadaan yang negatif itu.

Membayangkan warna penyembuhan menyelubungi subjek boleh membantu kerja anda. Putih emas, biru hijau, unggu atau warna yang sesuai mengikut kesukaan anda.

Sebagai healer, anda adalah seorang yang berkuasa pemboleh ubah, atau catalyst.

Latih lah diri anda sentiasa bergetar tinggi sehingga ke mana pun anda pergi, siapa pun anda berjumpa semuanya bergetar seperti anda. Bergetar di frekuensi tertinggi.

Sentiasa ingat bahawa kuasa pemboleh ubah yang ada dalam diri anda, lebih canggih dari kata-kata dan sebarang medium magis, jika anda mengaktifkannya.

Latihan demi latihan membantu anda untuk menyamakan getaran di tempat yang berenergi tinggi dan mengekalkan getaran tinggi di tempat berfrekuensi rendah.

Orang baik bertemu orang baik, kejadian baik di tempat yang baik. Walaupun pada mulanya agak mencabar. Hukum energi ini berlaku sepanjang zaman.


Tulisan ini juga adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri. Dari cahaya untuk cahaya, semoga cerah sepanjang jalan. ❤


Nooren Aman
Pekerja Energi

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

3 Tanggapan untuk "Kuasa Pemboleh Ubah "

  1. Membayangkan sesuatu yg belum terjadi umpama kita sedang merentas dimensi masa ke hadapan. Tell the future like what u want. Actually we create our own destiny. Tiba2 aku speaking.

    BalasPadam