Merawat Diri Dengan Alam Semulajadi

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

Anda puas berubat dengan doktor dan ubat-ubat yang berasal dari dadah? Makan suplimen juga tidak berkesan? Apakata kita berubat dengan cara alam semulajadi. Kembali kepada asal kejadian diri kita dan unsur alam semulajadi. Tanah, air, api dan angin.
merawat diri dengan alam semulajadi
Menghayati keindahan tasik sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Segala yang dicipta di dunia ini adalah untuk kesenangan manusia, terserahlah kepada manusia bagaimana memanfaatkannya.

Sentiasa ingat, apa yang kita lakukan sekarang ini, walaupun kecil dan sedikit, ia tetap memberi kesan di masa depan. Lihat sahaja nyamuk, kecil tapi berbisa.

Sakit yang kita rasai sekarang ini juga adalah hasil dari kelakuan kita di masa lalu. Allah tidak menzalimi hamba-hambanya, tapi hamba-hambaNya lah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Ini adalah antara cara-cara yang mudah untuk berubat dengan alam semulajadi.

  1. Berkaki ayam di tanah dan rumput.
  2. Berjalan di hujung ombak yang menghempas pantai.
  3. Melihat matahari terbit atau terbenam
  4. Merasai tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
  5. Menghirup udara segar di tanah tinggi
  6. Menghidu wangian bunga
  7. Mandi laut
  8. Menghargai keindahan bintang-bintang dan bulan.
  9. Bermain dengan haiwan peliharaan.
    Kenapa perlu mendengar, melihat, menghidu dan sebagainya? Kerana dari situ lah diri kita terprogram. Fikiran dan perasaan kita lah yang selalu menjerat kita dalam kesakitan. Mendekatkan diri dengan alam semulajadi membuat kita berenergi tinggi. Kita merenung diri dan alam, mendapat inspirasi, merasa indahnya kurniaan Tuhan dan bersyukur atas nikmatNya.

    Mendengar deru ombak dipercayai boleh mengubah gelombang otak manusia, berkaki ayam di tanah dan rumput adalah proses 'grounding' yang mengembalikan cas-cas energi berlebihan ke bumi. Setiap satunya mempunyai alasan tersendiri, walaupun cara-cara ini nampak mudah.

    Jika anda rasa cara-cara ini tidak sesuai bagi penghidap penyakit kronik dan penyakit mistik. Malah mungkin cara ini adalah pantang kepada penyakit seperti itu.

    Tiada salahnya mencuba, setiap penyakit sudah dijanjikan ada ubatnya kecuali mati. Manusia mati bukanlah kerana penyakit, tapi kerana ajalnya sudah tiba.

    Atau anda rasa sudah terlambat untuk berubat? Lebih baik tunggu mati saja? Ingatlah kita dilarang untuk berputus asa. Hanya orang yang tidak mempercayai Tuhan saja yang suka putus asa.

    Putus Ada
    Ayat putus asa dalam Quran
    Mungkin ada lagi yang tidak tersenarai di sini. Jika anda tahu atau ada idea lain tentang cara berubat dengan alam semulajadi, boleh lah tulis di ruang komen ya..

    Selamat mencuba cara yang semulajadi ini. Selamat mengembalikan semua yang kita alami kepada Yang Maha Memberi sebelum kita kembali kepadaNya.

    Selamat bergetar tinggi dalam cinta kasih Ilahi.

    ❤ Nooren Aman 
    Vibrasi Cinta Kasih

    Post Ini Mungkin Untuk Anda:

    Berikan komen anda untuk artikel "Merawat Diri Dengan Alam Semulajadi "

    Catat Ulasan