Tips Menjaga Kecantikan Aura untuk Wanita

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

Seperti yang telah saya janjikan pada post terdahulu, di sini saya ingin berkongsi tentang penjagaan Sacral chakra. Iaitu satu pusaran energi yang tersimpan dalam diri seorang manusia. Ia adalah berkaitan tentang emosi dan kreativiti, sifatnya adalah unsur air dan auranya berwarna oren.
tips menjaga kecantikan aura untuk wanita
Google photo
Pernah anda mengenal mana-mana wanita yang berpenampilan kurang menarik tetapi ramai peminat? Atau wanita yang biasa-biasa saja tapi auranya terasa luar biasa? Dan mengapa sesetengah wanita boleh menjadi begitu berkarisma?

Sebelum ini, puas saya membaca tips-tips kecantikan dari majalah dan online. Semuanya terasa biasa-biasa saja. Tapi ada beberapa pola yang menarik perhatian saya. Pola-pola ini sangat berkaitan dengan sacral chakra yang menjadi sumber kekuatan sejati seorang wanita. 

Di sini saya ingin berkongsi 3 tips mudah untuk menjaga dan memastikan sacral chakra ini terjaga dan menghasilkan aura yang cantik. Sudah tentu anda tidak melihat aura itu. Tapi getarannya pasti terasa melalui kejadian-kejadian yang anda alami.

1. Hidrasi

Banyakkan minum air. Sacral chakra adalah unsur air dalam diri. Air sifatnya kadang tenang kadang berombak, sukar untuk diduga, begitu juga emosi wanita.

Hidrasikan diri anda dengan meminum air yang mencukupi, lembapkan kulit anda yang kering dengan losen atau minyak. Jika anda mendapati diri anda sedang emosi, minumlah air. Samada air kosong, jus, teh, kopi atau air berperisa. Ikut suka hati anda, tapi utamakan air kosong, terutama air kosong yang bersifat alkali.

2. Aktiviti olahraga

Selain aktiviti olah jiwa seperti ritual ibadah dan kerohanian, kita juga perlu berolah raga atau bersukan. Kerana ia saling berkaitan.

Dengan melakukan aktiviti yang banyak menggerakkan kaki dan pinggul seperti berlari, menari atau latihan kecergasan, banyak energi dari sacral chakra yang dilepaskan. Perkara ini boleh menghalang energi tersebut tersumbat dan membuat emosi wanita tidak stabil.

Jika anda seorang wanita dan sedang bersedih,  bangun lah dan lepaskan energi emosional yang terkurung dalam diri anda dengan aktiviti fizikal seperti jogging, menari ataupun senaman, rasakan sendiri selepas itu, adakah anda masih emosional dan bersedih? atau merasa lebih baik dan segar? Buktikan sendiri.

3. Tingkatkan kreativiti

Kreativiti adalah satu cara untuk melepaskan perasaan. Seringkali para artis seperti pelukis melukis lukisan yang hanya mereka yang faham, puisi tentang hati dan lagu yang menggambarkan atau memberitahu keadaan tentang diri mereka sendiri. Semua hasil seni itu sedang menceritakan tentang sesuatu yang mungkin sukar atau keras jika dilakukan dengan bahasa pasar atau kasar.

Seni itu indah dan adalah cara yang halus untuk melepaskan perasaan. Anda boleh mencuba cara ini daripada melepaskan emosi dengan cara menghempaskan barang-barang atau mencederakan diri sendiri.

Jika anda merasa telah kehabisan energi sehingga tidak mampu membuat apa pun, berdiam diri lah dan dengarkan alunan ayat-ayat suci firman Tuhan atau lagu-lagu yang membuat hati anda tenang. Ini juga adalah cara yang kreatif.

Jika anda merasa anda bukan seorang yang kreatif, lakukan lah perkara-perkara yang anda suka dengan penuh semangat. Lakukan sehingga anda berpuas hati. Kreativiti adalah tentang mencapai kepuasan hati.

Hanya 3 tips yang mudah ini mampu membuat anda menjadi seorang yang luarbiasa. Jika anda seorang yang sudah dan sedang melakukan 3 perkara ini, renungkan kembali kehidupan anda. Saya pasti anda kini sedang menjadi contoh dan dikagumi oleh lelaki dan wanita lain dalam beberapa aspek kehidupan anda.

Selamat mencuba!
Salam sayang berterusan untuk anda. ❤

Nooren Aman 
Vibrasi Cinta Kasih

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Tips Menjaga Kecantikan Aura untuk Wanita "

Catat Ulasan