Rahsia Kekuatan Seorang Wanita

Assalamualaikum, selamat sejahtera untuk anda semua.

Sempena sambutan Hari Ibu kemarin, saya banyak membaca dan melihat mesej-mesej berkaitan tentang kekuatan seorang ibu. Tentang sakitnya bersalin, tentang cinta tanpa syaratnya kepada suami dan anak-anaknya.

Dari mana datangnya kekuatan-kekuatan itu? Padahal wanita terkenal sebagai makhluk yang lemah kan?

Saya juga melihat kembali kes-kes yang pernah saya temui pada klien wanita. Serta mereka yang pernah saya jumpa sepanjang hidup saya samada lelaki atau perempuan.

Terlalu banyak juga informasi akhir yang tidak terurai tentang peraturan yang berkaitan wanita. Seperti kepercayaan-kepercayaan yang menjadi ikutan dan cerita-cerita mesej berantai yang mengharukan tentang saat wanita pertama dijadikan.

Melihat kepada kejadian wanita, apa yang membuat wanita itu menarik, di situ lah sebenarnya tersimpan kekuatan dirinya.

Perhatian utama yang sangat ketara pada fizikal tentulah bahagian dada dan punggung. Dua aset yang menonjol ini sebenarnya menyimpan kekuatan yang sangat besar dan dasyat.

Melihat lebih dalam lagi, tersimpan satu sumber kuasa atau pusaran energi pada kedua-dua bahagian itu. Terdapat chakra hati pada dada dan pada bahagian bawah pusat terdapat chakra seks atau sacral chakra. Chakra-chakra ini juga ada pada lelaki, cuma saiznya lebih kecil, dan wanita memiliki pusaran energi yang lebih besar berbanding lelaki secara semulajadi pada chakra-chakra ini. Kecuali bagi kes-kes tertentu. Di sinilah rahsia kekuatan seorang wanita tersimpan.

Chakra Pusaran energi
Chakra = Pusaran Energi
Sacral chakra memancarkan energi yang membentuk aura diri berwarna oren. Gelombang energi yang dipancarkan berupaya membuat hidup seorang wanita itu bahagia. Kerana energi yang dipancarkan adalah khusus berkaitan dengan emosi dan kreativiti. 


Wanita yang emosinya stabil dan kreatif dalam pekerjaan dan penampilan dirinya menjadikannya menarik, anggun dan hebat. Jika energi yang dikeluarkan berlebihan, ia boleh menarik orang lain mendekat padanya terutama kaum lelaki. 


Pernah anda tertanya kenapa dalam agama hanya membernarkan wanita boleh berkahwin satu sahaja dalam satu masa? Kenapa ada pepatah yang menyebutkan, 'disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita'? 'Dan wanita itu sedang mengatasinya'?

'behind every man, there's a woman... Who's about to pass him'

Wanita yang sihat sacral chakranya, memiliki energi yang kuat. Manakala yang chakranya tidak sihat mengalami masalah berkaitan dengan organ-organ produksi, masalah perasaan, fizikal, perhubungan dengan orang lain dan keadaan sekelilingnya. 

Energi dari sacral chakra ini diperlukan oleh seorang lelaki yang secara semulajadinya kekurangan energi di bahagian ini. Dan lelaki selalunya mudah tertarik kepada wanita yang mempunyai energi berlebihan dari chakra ini. 

Walaubagaimanapun, seorang wanita hanya boleh memberikan energi  kepada seorang suami sahaja dalam satu masa. Jika seorang wanita itu ada hubungan dengan banyak lelaki dalam satu masa, energinya akan habis diuras. Dan dia terpaksa top up energi daripada chakra-chakra lain lagi. Seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan dalam berbagai aspek kehidupannya.

Berbeza dengan wanita, lelaki boleh mendapatkan energi dari sacral chakra lebih dari satu wanita untuk menampung kekurangan dirinya, jika cukup syarat-syarat tertentu.

Kasih sayang tanpa syarat yang terlahir dari chakra hati juga adalah kemampuan hebat seorang wanita. Tapi jika energi pada chakra-chakra di bawah chakra hati sudah berkurang, ia perlu mengalirkan energinya ke sana. Jika ini terjadi, chakra hati tidak berfungsi dengan maksimum. 

Chakra-chakra atau pusaran energi yang terletak di bawah chakra hati ialah, solar plexus (perut-pusat) dan sacral chakra (bawah pusat). Oleh kerana penuhnya energi di sacral chakra dan solar plexus, chakra hati boleh memancarkan gelombang energinya dengan sepenuhnya.

Beremosi stabil dan kreatif ini bukanlah berpunca dari unsur luar, melainkan dari dalam diri wanita itu sendiri. 

Selain hanya menerima terapi gelombang aura. Di kesempatan lain, saya akan memberikan tips untuk menjaga kedua-dua chakra ini agar ia boleh beraksi dengan penuh gemilang. 

Berbahagialah kerana terlahir sebagai wanita. Selamat hari ibu.

<3 Nooren Aman
Vibrasi Cinta Kasih 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Rahsia Kekuatan Seorang Wanita"

Catat Ulasan