Nama Adalah Doa

Assalamualaikum, sejahteralah sekalian makhluk seluruh alam.

Tahukah anda nama yang diberikan kepada anda oleh ibu-bapa adalah ilham dari Allah SWT? Ya, dan nama anda adalah doa untuk anda.

Seperti yang terjadi pada kajian air Dr. Masaru Emoto, air yang dipanggil dengan kata-kata yang positif, molekulnya berubah menjadi cantik dan yang dipanggil dengan kata-kata yang negatif berubah menjadi hodoh.

Begitu lah manusia, ketika dipanggil dengan gelaran-gelaran yang negatif, perasaannya akan berubah menjadi marah. Tapi bila dipuji, dia akan senang hati dan menjadi seorang yang ceria.

Perhatikanlah nama anda, apakah maksudnya? Pasti nama anda mempunyai maksud yang positif, atau nama itu pernah dipakai oleh orang-orang yang hebat di masa dulu. Ibu-bapa tidak akan menamakan anak-anak mereka dengan nama yang buruk.

Begitu juga ketika kita memilih nama kumpulan atau syarikat perniagaan. Pastilah kita memilih nama yang bagus-bagus dan cantik kan? Dengan harapan agar aktiviti dan perniagaan juga lancar dan sepadan dengan nama yang dipilih.

Ketika nama anda yang bermaksud positif itu dipanggil, orang yang memanggil anda sebenarnya sedang mendoakan anda. Energi yang ada pada ayat nama itu ditujukan kepada anda, dan apabila anda menjawab dengan 'ya', itu sama seperti mengakui dan menerima energi positif itu masuk ke dalam diri anda.

Jika anda mahu menukar nama anda, tukar lah kepada nama baru yang lebih positif dari sebelumnya, dan pastikan anda berasa gembira apabila orang lain memanggil anda dengan nama baru itu.

Jika sememangnya nama anda tidak mempunyai makna, ciptakan lah sendiri satu makna yang membuat anda gembira.

Berbangga lah dengan nama anda sendiri, sambutlah dengan senyuman di samping kata 'ya, saya' apabila nama anda disebutkan, atau 'amin..' Supaya anda menjadi semakin indah dan sepadan dengan makna nama anda.

Salam cinta, kasih dan sayang.


❤ Nooren Aman 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Nama Adalah Doa"

Catat Ulasan