Adakah Nasi Menggemukkan?


nasi menggemukkan

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua.

Adakah nasi menggemukkan?

Nasi adalah makanan ruji asia, makanan yang paling utama.

Tapi sayang, ada ramai yang sudah meninggalkan nasi sebagai makanan utamanya kerana menganggap nasi sebagai makanan yang menggemukkan dirinya. Sementara orang-orang kurus yang lain masih lagi menikmati makanan yang sedap ini.

Maksudnya hanya mereka yang percaya dengan falsafah nasi sebagai menggemukkan akan menjadi gemuk kalau makan nasi. Sementara orang yang bersyukur akan nikmat nasi masih tetap makan nasi dan menyalahkan faktor lain pula sebagai menggemukkan (jika ada).

Orang-orang yang merasa susah untuk kurus mempunyai beberapa mantra yang selalu mereka ucapkan sebagai kepercayaan mereka, seperti;

1. Melihat ke cermin dan berkata 'gemuknya aku'.
2. Saya makan apa pun tak akan kurus.

3. Kalau saya exercise kemudian berhenti, saya menjadi bertambah gemuk. 

4. Setelah tak makan nasi setahun, barulah saya menjadi kurus seperti ini. 
5. Makan malam menggemukkan.

Ini adalah ayat-ayat sugesti minda sendiri yang negatif. Anda telah secara tidak sedar memasukkan suatu program ke dalam minda bawah sedar anda, dan sudah pastilah tubuh badan anda akan bergetar mengikut vibrasi ayat yang menjadi mantra anda itu kerana ia selalu berulang sehingga tubuh anda mempercayainya.

Tubuh anda memerlukan anda untuk menerimanya dan menyayanginya. Sayangi lah tubuh anda dengan memberinya kata-kata yang positif.

Ketika melihat cermin pujilah diri anda sendiri. Pujilah ciptaan dan anugerah yang diberikan Tuhan kepada anda, bukannya mengeji dengan mengatakan ia gemuk. Anda sendiri pun akan berasa marah dan tak suka jika anda dipanggil gemuk oleh orang lain kan.

Ayat 'Saya makan apa pun tak akan kurus' ini adalah sama seperti tidak mempercayai diri sendiri. Jika anda tidak mempercayai diri anda sendiri, bagaimanakah orang lain hendak mempercayai anda? Percayalah dan hormatilah diri anda sendiri. Kerana diri yang dipercayai dan dihormati akan menjadi seorang yang percaya diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada orang yang mempercayainya.

Ayat 'Kalau saya exercise kemudian berhenti, saya menjadi bertambah gemuk', 'Setelah tak makan nasi setahun, barulah saya menjadi kurus seperti ini' dan 'makan malam menggemukkan', adalah sama seperti halnya dengan kisah placebo effect. Kepercayaan yang menjadi kebenaran tanpa diet yang betul.

Walaupun anda berusaha keras untuk kurus dengan berbagai rutin, tapi tidak meninggalkan mantra-mantra negatif seperti ini, anda sama seperti menyambut air menggunakan baldi yang bocor, menzalimi diri sendiri. 

Terima, percaya, hormati dan sayangi diri anda sendiri sebelum mencari faktor luar untuk menguruskan atau mencantikkan diri anda. Cantiklah dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam.

Jadi adakah nasi menggemukkan? Motivate the mind and the body will follow.

<3
Nooren Aman
www.vibrasicintakasih.blogspot.com

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Adakah Nasi Menggemukkan? "

Catat Ulasan