Kenapa Meditasi?

Assalamualaikum, sejahteralah semua makhluk seluruh alam.

Pernah saya ditanya apa itu meditasi? ada juga yang menganggap meditasi adalah yoga.

Meditasi sememangnya terkenal dalam amalan-amalan keagamaan lain selain Islam, tanpa kita menyangka sebenarnya meditasi itu sendiri ada dalam Islam.

Sewaktu saya kecil, dalam drama-drama bersiri silat melayu, sudah ada amalan meditasi ini ditunjukkan. Ia dipanggil sebagai 'bertapa'. iaitu keadaan di mana duduk bersila dengan mendiamkan diri sambil menutup mata. Gelagat ini dilakukan samada dalam rumah, hutan atau gua. Tujuannya pula ialah untuk mengembalikan tenaga selepas berlawan dan MENYEMBUHKAN DIRI SENDIRI.

Apa yang terjadi semasa meditasi ialah, seseorang belajar mengawal turun naik nafasnya sehingga menjadi nafas yang tenang. Keadaan ini lah yang dipanggil sebagai menyelaraskan dan menyeimbangkan keadaan tubuh, minda dan nafas atau penyatuan jiwa dan raga.

Terdapat berbagai cara meditasi yang boleh dilakukan. Dalam mistik islam, meditasi ialah amalan zikir seperti tafakkur, tasbih, muraqaba dan murabita. Tujuannya pula ialah untuk bermusyahadah kepada Allah, mengingati Allah dan mengosongkan diri dari selain Allah.

Seseorang yang bermeditasi mengatur nafasnya dan menutup mata untuk masuk ke dalam gelombang otak alfa dan theta. Keadaan ini adalah keadaan di mana program minda seperti NLP dan hipnosis dapat dilakukan. Seseorang yang sedang solat juga berada di paras gelombang ini.

Meditasi membuat degupan jantung seseorang sinkron dengan alam dalam gelombang alfa, kerana alam juga berputar pada gelombang ini.

Bagi seorang pengamal ilmu aura dan tenaga, meditasi diperlukan untuk pembersihan, penyembuhan dan meluaskan lagi jalur-jalur energi dan aura diri.

Dalam diri manusia, ada satu daging yang kalau rosak, rosak lah seluruh tubuh. Tubuh yang rosak pula merosakkan seluruh aspek kehidupannya. Kalau ia bagus, cemerlang lah seluruh kehidupannya. Daging itu ialah hati.

Meditasi adalah latihan menjinakkan hati yang liar, ego dan marah. Meditasi adalah jalan berdamai dengan diri sendiri dan alam.

Kenapa meditasi
Meditasi
Bagi anda yang tidak pernah melakukannya tetapi berminat, boleh lah mengikut langkah-langkah seperti berikut;

1. Duduk santai dan menutup mata
2. Bernafas dengan tenang
3. Mengucapkan kata pembuka
   (ikut agama masing-masing, Ta'awudz, basmalah, selawat)
4. Berniat (ikut suka hati anda, contoh: penyembuhan)
5. Berdiam diri selama 5-30 minit (boleh zikir dalam hati)
6. Ucapkan Alhamdulillah atau terima kasih.

Meditasi boleh dilakukan selama mana yang anda suka dan tidak terhad kepada 30 minit.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Salam cinta kasih dan kesejahteraan untuk anda selalu.

<3 Nooren Aman
www.vibrasicintakasih.blogspot.com

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Kenapa Meditasi?"

Catat Ulasan