Placebo effect: Saya akan sihat

placebo effect

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Tahukah anda ada satu jenis rawatan kesihatan yang dipanggil 'placebo effect'? atau kesan placebo. Placebo bermaksud 'saya akan sihat' dalam bahasa latin.

Rawatan jenis ini sangat membantu dalam menyembuhkan pesakit-pesakit yang mengalami sakit-sakit ringan sehingga yang sakit berat. Kaedah yang digunakan terdapat dalam bentuk pil atau ubat yang dimakan, pembedahan dan berbagai jenis terapi.

Walau seteruk mana kesakitan yang dialami seseorang, selepas menjalani kaedah rawatan ini, pesakit selalunya pasti akan sembuh sehingga 30% dan ke atas.

Kejadian tubuh manusia yang kompleks seringkali membingungkan para pegawai perubatan sehingga melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui punca penyakit dan kadangkala memberikan diagnosis yang salah terhadap keadaan kesihatan seseorang. 

Mujurlah ada kaedah rawatan 'placebo effect'. 'Placebo effect' ialah saranan-saranan kesihatan yang mengatakan setelah melakukan rawatan, pesakit pasti akan sembuh. 

Ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang ditanam dalam minda pesakit oleh pesakit sendiri atau doktor yang merawat. Kekuatan kepercayaan untuk kembali sihat setelah melakukan rawatan ini lah sebenarnya yang membuat seorang pesakit sembuh dari penyakitnya. 

Sehingga akhirnya bukan pil yang menyebabkan seseorang itu sembuh tetapi dirinya sendiri, kerana pil placebo hanya lah berisi gula biasa sahaja, bukannya ubat sebenar. 

Keadaan ini telah menyedarkan ramai orang bahawa ubat sebenar ada dalam diri manusia, ubat diluar hanyalah pertolongan kecil yang perlu disertai dengan kekuatan fikiran manusia. 

Fikiran adalah energi. Fikiran yang mengatakan 'saya akan sihat selepas makan pil ini', 'saya akan sihat selepas menjalani pembedahan ini' adalah energi yang diarahkan untuk menyembuhkan diri dan energi berdaya untuk menyembuhkan.

Perhatikan keyakinan kita terhadap sesuatu kaedah rawatan moden yang mempunyai banyak kesan sampingan negetif dan berisiko, tetapi kita masih percaya dan mahu menjalaninya. Amat mudah mengenal kaedah rawatan placebo ini.

Semoga anda sentiasa dilindungi di bawah rahmat naungan ilahi dan sihat dari dalam sehingga ke luar.

Salam cinta kasih berpanjangan,

Nooren Aman
Ahli Terapi Gelombang Aura
www.vibrasicintakasih.blogspot.com

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Placebo effect: Saya akan sihat"

Catat Ulasan