Kata-Kata Yang Menyembuhkan

Ho'oponopono menyembuhkan

Assalamualaikum, sejahteralah sekalian makhluk seluruh alam.

Pernah dengar tentang Ho'oponopono?

Hoʻoponopono (ho-o-pono-pono) adalah satu amalan kuno Hawaii yang dilakukan untuk menyembuhkan, mendamaikan dan mengampunkan kesalahan seseorang melaui ritual perkumpulan keluarga dengan doa, perbincangan, pengakuan dan pengampunan.

Pendek kata ia adalah satu amalan pembersihan mental. Mereka percaya dengan membersihkan mental seseorang, keharmonian diri dan alam dapat dipulihkan. 

Amalan ini telah memberi inspirasi kepada Dr. Ihaleakala Hew Len untuk menambahkan 4 rangkap kata-kata yang menyembuhkan dalam proses rawatannya, iaitu; 

I'm sorry                =      Saya menyesal
Please forgive me  =      Tolong maafkan saya
I love you               =      Saya sayang kamu
Thank you             =      Terima kasih

Dr. Len ditugaskan khusus untuk merawat pesakit-pesakit yang mempunyai rekod jenayah dan mental di Hawaii State Hospital. Beliau tidak sanggup bertemu dengan para pesakit itu kerana rekod jenayah mereka yang sangat teruk. Apa yang dilakukan oleh Dr. Len ialah beliau menyembuhkan pesakit-pesakit itu dengan cara menyembuhkan dirinya sendiri. 

Beliau melihat apa yang ada pada pesakit-pesakit itu sebagai cermin dirinya. Dari itu, beliau hanya perlu menyembuhkan dirinya sendiri demi menyembuhkan pesakit-pesakitnya. 

Terapi yang beliau lakukan pada dirinya ialah dengan mengucapkan kata-kata penyembuh Ho'oponopono sahaja. Kemudian, satu demi satu para pesakitnya pun sembuh. Perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Joe Vitale, seorang pakar motivasi. 

Joe vitale kemudian menghubungi Dr. Len dan bertanyakan hal penyembuhan itu, dan menjemput Dr. Len menjadi penulis bersama bukunya yang bertajuk Zero Limit yang menceritakan tentang penyembuhan ho'oponopono.

Dr. Len menerangkan, kata-kata penyembuh itu diucapkan untuk mencapai satu keadaan di mana seseorang yang sakit mental seperti marah, kecewa dan sedih kembali reset perasaannya terhadap ingatan dan kejadian yang mereka alami kepada 'kosong'. 

Kata Dr. Len lagi, tanggungjawab terhadap hidup adalah bermaksud tanggungjawab untuk mengubah semua aspek yang ada dalam kehidupan seseorang. Apa yang ada dalam dirinya juga adalah apa yang ada di luar diri dan diri yang di dalam lah yang menyebabkan pengalaman di luar diri.

Pengalaman-pengalaman di luar seperti perang dan masalah ekonomi, bukanlah masalah yang sebenar tetapi hanyalah projeksi dari dalam diri kita dan untuk mengubahnya (dunia), kita perlu mengubah diri kita dahulu. 

Untuk mengubah sesuatu dalam hidup, lihat ia dalam dirimu dan pandanglah ia dengan cinta dan kasih sayang. 

Katakan pada dirimu saya menyesal, kerana telah membuatkan diri mengalami 'kejadian' ini. 
(yang baik dari Allah, yang buruk dari diriku sendiri)

Katakan pada dirimu, TOLONG MAAFKAN AKU, kerana kamu telah sedar akan kesalahanmu. 

Katakan pada dirimu, AKU SAYANG PADAMU, kerana untuk menyayangi orang lain, kamu perlu menyayangi dirimu sendiri.
  
Katakan pada keadaan/masalah yang dialami, TERIMA KASIH atas 'pengalaman' ini dan kini aku melepaskanmu.

I'm Sorry, Please Forgive Me, I Love You and I Thank you 


Selamat mempraktikkannya. 

Salam cinta dan kasih sayang selalu <3

Nooren Aman
Lightworker 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "Kata-Kata Yang Menyembuhkan"