Berkata Baik Adalah Berlian

vibration


Assalamualaikum, sejahtera lah semua pembaca tersayang dalam cinta dan kasihNya.

Fikiran dan kata-kata kita adalah arahan kepada tubuh untuk bergerak dan melakukan sesuatu.

Seperti kata-kata motivasi yang digunakan untuk memotivasikan diri, secara tidak sedar kata-kata yang selalu kita ucapkan juga ada kuasa kepada diri kita.

Ketika kita mengatakan 'saya boleh'. Kita sebenarnya sedang memberikan arahan kepada tubuh kita supaya boleh melakukan.

Begitu juga ketika kita mengatakan 'saya tidak boleh'. Kita sebenarnya sedang memberi arahan kepada tubuh untuk tidak membuat sesuatu kerja.

Sememangnya perkataan 'saya boleh' dan 'saya tidak boleh' datangnya dari perasaan dan fikiran yang kita yakini hasil dari analisa minda sedar. Hanya minda sedar yang tahu peraturan betul dan salah, boleh dan tidak boleh.

Hakikatnya, 90% pengerakan tubuh kita dikawal oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar tidak tahu mana yang betul dan salah, mana yang boleh dan tidak boleh. Minda sedar lah yang memilih dan menetapkannya. Tetapi yang mengawal tubuh secara tidak sedar ialah minda bawah sedar.

Apabila kita mengatakan sesuatu yang negatif, minda bawah sedar akan mempercayainya dan langsung menggerakkan tubuh mengikut arahan tersebut. Begitu juga bila kita mengatakan sesuatu yang positif. Minda bawah sedar mempercayainya dan sedia menggerakkan tubuh mengikut seperti arahan positif tersebut.

Kuasa yang ada pada kata-kata motivasi dan affirmasi adalah getarannya. Getaran atau vibrasi inilah yang sampai kepada tubuh dan minda lalu ditafsir dan difahami.
Seperti yang terjadi pada molekul air, kata-kata sememangnya berupaya mengubah sesuatu dan seseorang.

Kerana itu dikatakan, kata-kata adalah doa, maka pilihlah kata-kata yang baik.

'Diam itu emas, berkata baik adalah berlian'.

'Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam'. 
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Semoga bermanfaat dan sejahtera selalu, amin.

Nooren Aman
Pengamal NLP dan Terapi Aura

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "Berkata Baik Adalah Berlian"