Assalamualaikum, salam sejahtera.
Minggu lalu, dunia telah kehilangan seorang saintis pengkaji air yang juga penulis buku 'Messages from water'.
Beliau ialah Masaru Emoto. Saintis yang telah memulakan kajian tentang molekul air. Iaitu tindakan air terhadap faktor energi di sekelilingnya.
Air yang dikaji didedahkan kepada energi seperti fikiran, perasaan, ucapan kata-kata positif dan negatif dan bunyi muzik. Air tersebut kemudian dibekukan dan diletak di bawah mikroskop dengan latar belakang hitam untuk melihat molekul yang terhasil akibat pendedahan kepada elemen energi-energi tersebut.
Hasilnya, setiap pendedahan kepada elemen-elemen energi tersebut menghasilkan molekul air yang berbeza. Kata-kata positif dan doa menghasilkan molekul yang indah manakala energi dari kata-kata negatif menghasilkan molekul air yang hodoh dan menjadi gelap.
Kajian beliau ini membuktikan bahawa betapa berkuasanya fikiran, kata-kata, perasaan dan niat seseorang, sehingga dapat mempengaruhi molekul yang terdapat dalam air, atau dalam bahasa mudah, ini adalah bukti bahawa energi boleh mengubah kandungan dalam air.
Jika fikiran, perasaan, kata-kata dan bunyi boleh mengubah kandungan dalam air, bayangkan apa yang ia boleh lakukan pada diri kita sendiri, yang memiliki kandungan air dalam badan sehingga 70%.
Maka benar lah kata-kata pepatah seperti 'kamu adalah apa yang kamu fikirkan'. Kerana ketika kita membuat sesuatu keputusan, dipercayai kita sedang menstruktur semula maklumat dalam DNA kita.
Oleh kerana air berupaya merakam maklumat yang didedahkan padanya, tidak hairan lah jika para pengamal perubatan selalu mengisi air dengan energi positif menggunakan ayat-ayat suci dan energi ilahi.
Setelah mengetahui tentang maklumat ini, marilah bersama-sama kita memanfaatkan air yang kita gunakan dalam kehidupan kita seharian dengan menyalurkan energi positif sebelum digunakan. Selain itu, sentiasa lah berfikir, dan berperasaan yang baik-baik sahaja demi kepentingan diri kita sendiri.
<3 Nooren Aman
Berikan komen anda untuk artikel "Mesej Dalam Air"
Catat Ulasan