Terapi Gelombang Aura

healing

Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semua yang berada di seluruh alam ini.

Pada post kali ini saya ingin bercerita tentang terapi gelombang aura atau juga dikenali sebagai rawatan energi.

Energi atau tenaga adalah sesuatu yang tidak nampak tetapi boleh dirasa. Kita memerlukan sejumlah tenaga untuk berdiri dan berjalan, tenaga itu ada tapi tidak nampak dan kita sedang menggunakannya apabila kita sedang berdiri dan berjalan. Begitu juga dengan tenaga elektrik, tersimpan dalam wayar tapi menghidupkan peralatan, kemudian disebarkan oleh wifi. Itu lah energi, tidak nampak tapi ada. 

Energi yang saya ingin saya ceritakan disini bukanlah energi yang berasal dari janakuasa elektrik, tetapi energi murni yang di jana oleh alam semula jadi dan diakses lalu dipancarkan oleh manusia untuk berbagai tujuan. 

Saya mula mendapat tahu tentang ilmu energi ini tahun lalu dengan pendedahan kepada Reiki. Selepas mempraktikkannya tidak berapa lama, ada sahabat yang mengenalkan saya pada guru lain di Sabah ini yang juga mengajar ilmu energi dengan nama Sin Ilahi. Tetapi tujuannya sama, iaitu untuk penyembuhan dan cinta kasih dan sayang. 

Selama belajar dan mempraktikkan ilmu energi ini, saya semakin mengenal kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya dan manusia secara amnya. Saya juga mula memberikan perkhidmatan rawatan kepada ramai orang dan mendapat maklumbalas yang positif. 

Rawatan gelombang terapi aura ini dilakukan 100% dengan kaedah metafizik. Dilakukan dengan hanya menyentuh beberapa bahagian tubuh pesakit atau tanpa menyentuh. Pesakit boleh dirawat samada berdepan atau pun jarak jauh. 

Bernaung di bawah Qalam Ilahi Wellness Centre dengan bimbingan GrandMaster Umar Paranorms, kini kami menawarkan perkhidmatan Terapi Gelombang Aura Jarak Jauh dengan menggunakan nama Supreme Aura Frequency Healing System (SAF) untuk lebih mudah mengenalkan rawatan ini kepada masyarakat. 

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat menggunakan terapi ini? hampir semua masalah kesihatan  boleh dirawat dan sembuh atas izin Tuhan. Tidak kira agama dan bangsa, semua sesuai dengan jenis terapi ini. 

Jika anda mempunyai masalah berkaitan kesihatan dan mistik atau mempunyai soalan mengenai terapi ini, anda boleh menggunakan ruang komen yang ada atau menghubungi saya di Facebook Nooren Aman atau di nombor 0168037709, whatsapp dan telegram. 

Semoga hidup anda selalu bahagia dan penuh cinta kasih.

Nooren Aman
Ahli Terapi Gelombang Aura

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "Terapi Gelombang Aura"