Teknik Pantulan Cermin

Assalamualaikum, sejahteralah sekalian makhluk seluruh alam.

Pada artikel ini, saya ingin mengenalkan satu teknik mencipta kejadian dan keinginan menjadi kenyataan. Teknik ini adalah salah satu dari kaedah metafizik yang saya sendiri amalkan selama setahun ini. Kaedah ini saya panggil sebagai 'Pantulan Cermin' atau dalam bahasa yang lain sebagai 'As above so below '.

Pada kejadian yang biasa, selepas kita mengalami sesuatu kejadian barulah kita melahirkan perasaan tentang kejadian itu. Seperti gembira atau sedih.

Contohnya, apabila mendapat sesuatu hadiah, barulah hati kita gembira dan melahirkan kesyukuran.

Ini sama seperti pantulan cermin, setelah terjadinya sesuatu di hadapan cermin, barulah kita dapat melihat pantulan itu di dalam cermin. Aksi-aksi di dunia luar cermin, kita lah yang membuatnya, dan cermin hanya memantulkannya semula.

Kita lah pantulan cermin itu, hanya berperasaan selepas terjadinya sesuatu kepada kita.

Untuk mencipta sesuatu kejadian dan keinginan menjadi kenyataan, kita harus menterbalikkan semua susunan kejadian yang biasa kita alami 360 darjah. Contohnya;

Mendapat hadiah (kejadian telah terjadi) - gembira - bersyukur

Kepada

Bersyukur - gembira - mendapat hadiah (kejadian yang diinginkan)

Teknik ini sama seperti Hukum Tarikan yang saya jelaskan dalam artikel sebelum ini, di mana kita boleh menggunakan teknik bayangan untuk menjadi magnet kepada keinginan kita.

Bagaimanakah teknik Pantulan Cermin ini boleh berkesan? Kerana ketika seseorang melakukan:

Bersyukur - gembira - membayangkan mendapat hadiah

Seseorang itu sedang menghantar signal melalui gelombang auranya ke seluruh penjuru alam semesta. Gelombang aura ini adalah getaran hati atau vibrasi yang bergetar pada sesuatu frekuensi yang tinggi. Energi dari gelombang ini berlegar-legar di alam bayangan dan semakin ia kuat, semakin ia mencari-cari peluang untuk wujud di dunia nyata di setiap kesempatan yang tepat dan pada masa yang tepat.

Jika anda tidak merasa getaran energi itu sedang keluar dari diri anda, tidak mengapa, setiap orang memiliki tahap kepekaan yang berlainan. Energi boleh dirasakan apabila tubuh anda seperti sedang bergetar, merasa seram sejuk, merasa adanya aliran elektrik pada bahagian-bahagian tubuh anda, jantung anda berdegup kencang dan sebagainya sewaktu anda membayangkan kejadian yang diingini dengan perasaan kegembiraan dan kesyukuran. 

Seperti kata pepatah inggeris yang mengatakan 'what you give, you get back'. Seperti inilah teknik pantulan cermin ini. Cuma teknik ini sepenuhnya bergantung kepada sangkaan baik anda. Jika anda sudah biasa bersangka baik, maka kejadian yang baik-baik lah yang datang kepada anda. Jika masih didatangi kejadian dan situasi yang tidak diinginkan, tingkatkan lah lagi teknik bersangka baik anda.

Setelah melakukan teknik pantulan cermin ini, dengan izin Tuhan, inilah yang akan terjadi;

Bersyukur - gembira - (bayangan) mendapat hadiah - (benar-benar) mendapat hadiah - gembira - bersyukur

Kitaran kejadian ini berlaku seperti pantulan cermin. Ini terjadi dengan syarat anda melakukannya dengan ikhlas dan pasrah. Tidak dikotori atau dicampuradukkan dengan emosi getaran rendah dan bayangan atau sangkaan yang buruk.

Bersangka baiklah selalu dan bertawakkal lah kepada Allah. Jika anda tidak yakin pada diri sendiri, yakin lah pada Allah, kerana Dia yang menggerakkan semuanya di alam ini. Samada cepat atau lambat, kejadian-kejadian baik pasti menemui anda.


Semoga bermanfaat perkongsian ini.
Salam vibrasi cinta kasih untuk anda.



❤ Nooren Aman 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

2 Tanggapan untuk "Teknik Pantulan Cermin "