Rapport dan Tali Energi

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera untuk anda semua.

Rapport adalah satu cara untuk membuat 'panggilan' kepada orang lain dengan cara-cara tertentu. Dan orang yang dirapport akan mengucapkan 'hello' kepada anda setelah 'dipanggil'.

Anda mahu bercakap dengan seseorang tetapi malu memulakan perbualan? Anda mahu menjual barangan tapi sukar mendapatkan pelanggan? Anda mahu seseorang yang jauh menghubungi anda?

Rapport adalah jawapannya. Tapi rapport menyebabkan tumbuhnya tali energi antara anda dan subjek.

Tali energi adalah tali ghaib yang menghubungkan setiap manusia.

Bagaimana seorang kembar merasakan apa yang kembarnya rasakan? Bagaimana gerak hati ibu terhadap anaknya selalu betul?  Bagaimana isteri mengetahui suaminya curang? Adakah sekadar gerak hati atau syak wasangka? Mungkin juga.

Mengapa kekasih yang berpisah sukar melupakan? Kenapa orang-orang mengatakan 'saya boleh memaafkan tetapi tidak boleh melupakan'? Adakah kerana mereka memilih begitu? Mungkin juga.

Percaya atau tidak sebenarnya ada tali ghaib yang telah menghubungkan antara hati-hati manusia. Tali ini boleh disambungkan dengan sengaja atau tidak, dan boleh diputuskan dengan sengaja atau tidak.

Dalam terapi 'merawat hati luka' NLP, memutuskan tali energi adalah inti utama. Penderita sakit kerana tali energi yang menghubungkannya dengan seseorang atau sesuatu akan diajar untuk memotong sendiri tali energinya.

Walaubagaimanapun, kadangkala walaupun tali itu telah diputuskan, masih ada kemungkinan ia boleh tumbuh semula dengan sendirinya.

Setelah diputuskan tali energi ini, adakah kita akan hilang ingatan terhadap seseorang atau sesuatu? Jawapannya adalah tidak, apa yang dihilangkan hanyalah emosi dan perasaan yang berlebihan atau tidak patut terhadap subjek.

Kita masih mengingati seseorang yang pernah kita suka tapi perasaan suka itu telah dihilangkan dengan terputusnya tali energi ini.

Masih banyak cara lain untuk melupakan sesuatu dan seseorang, tapi cara ini adalah cara yang paling cepat kerana hanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Kata orang masa menyembuhkan segalanya, tapi mahu tunggu sampai bila? Satu tahun? Dua tahun pun masih merasa sakit dihati, sehingga hidup rasa tidak bererti dan selalu menyalahkan orang lain.

Jika anda merasakan ada tali energi yang sedang menganggu, anda boleh memutuskannya sendiri melalui meditasi, atau dapatkan bantuan professional.


Salam Vibrasi Cinta Kasih 

❤ Nooren Aman 

Post Ini Mungkin Untuk Anda:

Berikan komen anda untuk artikel "Rapport dan Tali Energi "

Catat Ulasan